3 minggu..Lamanya x update blog nie..byk btul debu kat sini..(kemas2 jap yer..hehe..)
bulan 5 nie mmg bz btul (bz yg sengaja mahupun x sengaja)..Alhamdulillah..setakat nie keje aku utk siapkan tesis berjalan dgn lancar..walaupun kadangkala di tgh2 perjalanan pernah aku mengeluh..rasa nk give-up..mcm2 la..tapi aku sentiasa ingat pesanan mak ayahku..
KALAU NAK BERJAYA..JANGAN CEPAT PUTUS ASA..
NAK SENANG KEMUDIAN KENALAH BANYAK
DUGAAN DAN CUBAAN WAKTU NIE..
NAK SENANG KEMUDIAN KENALAH BANYAK
DUGAAN DAN CUBAAN WAKTU NIE..
Ya Allah..Kau kuatkanlah semangatku untuk menuntut ilmu..
Sambil2 buat keje..aku terdengar 1 lagu kat NasyidFM..lagu Harapan Pada Ayah dan Ibu.. Lagu nie mmg best..btul2 buat aku bersemangat..bila ingat segala susah payah ayah dan ibuku selama nie..rasa give-up dh makin hilang..so, kpd pengunjung2 blog nie..jom kita dgr lagu Harapan Pada Ayah dan Ibu..
Album : Tika Itu
UNIC
(sekarang dikenali sbg UNIQUE)
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal Tuhan yang Esa
Tuntunlah kami hidup akhirat
Yang lebih utama
Sedarkanlah kami akan tipu daya dunia
Didiklah kami asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun
Jangan digunakan
Kerana ia menyalahi
Sunnah Rasul mulia
Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus
Wahai ibuku wahai ayahku
Kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut syara’
Sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara yahudi
Kami akan rugi di dunia
Dan di akhirat
Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia
Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah
Kau berkecil hati
Kami memohon ribuan
Ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepadamu ayah dan ibu
*** Di kesempatan ini, aku nk ucapkan TAHNIAH kpd sahabatku, Nurul Hafizah kerana mendapat tawaran sbg pensyarah di UiTM Machang..
No comments:
Post a Comment