Alhamdulillah...Pujian bagi Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberikan...
Sedar tak sedar, kita semua bakal melabuhkan tirai bulan Syaaban seminggu lagi...Entah kenapa aku rasa sedih...
Adakah aku sedih sebab nak tinggalkan bulan Syaaban nie?
atau
Adakah aku sedih sebab tak buat banyak amal ibadat sunat di bulan Syaaban nie?
(Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hati ini...)
Sepertimana yang kita tahu, hari ini 13 Julai 2012 bersamaan 23 Syaaban 1433H...Minggu terakhir di bulan Syaaban...betul tak?
So, bagaimana iman dan amal kita sepanjang bulan Syaaban ni?
Mari kita semua selidiki sejenak...
Adakah kita semua mampu mengawal iman sebelum tibanya bulan Ramadhan?
Adakah amal ibadat (yakni solat fardu) telah dilakukan sempurna?
Adakah solat fardu yang kita tinggalkan sebelum ini telah diqadarkan?
Sudahkah kita melaksanakan amalan sunat di bulan Syaaban ini?
Persoalan ini bukan menunding kepada sesiapa...Tapi untuk peringatan buat diri ini dan kita semua...
"Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Surah Al-Asr:3]
Dengarkan lagu terbaru Shahir AF8 feat Sham Kamikaze...
Bicara IMG:
Salam Jumaat buat seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada...Sama-sama kita perbanyakkan amalan sunat di hari Jumaat ini dan semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.
Amin... ^_^
No comments:
Post a Comment