Alhamdulillah...akhirnya dapat juga post di blog ini...sedikit perkongsian buat semua pengunjung...
Dua hari lepas, sempat aku bersolat jemaah Isyak di sini...Sebenarnya kalau kita solat jemaah nie, bukan sahaja kita dapat pahala sebanyak 27 kali ganda, tetapi banyak ilmu yang tidak mampu kita dapat dari mana-mana buku bahkan dari kedai-kedai buku...
Selesai bacaan Yaasiin, seorang ustaz memberitahu bahawa mulai malam ini (iaitu 7hb) sehingga seterusnya akan dibacakan sedikit tazkirah mengenai surah Yaasiin sebelum menanti masuknya solat Isyak. Ustaz tersebut sempat bertanya kepada seluruh muslimin dan muslimat...
"...berapa ramai di antara kita yang hanya baca surah Yaasiin, tapi tak tahu maknanya? kalau kita baca Yaasiin 20 tahun, bermakna 20 tahun kita tak tahu maknanya...kalau umur dah 40 tahun, 40 tahun jugak kita tak tahu maknanya.."
bila ustaz cakap macam tu je, makcik-makcik mula tersenyum termasuklah aku...
(*tersenyum bukan suka apa yang ustaz kata, tapi macam terkena kat diri sendiri)
Bila ustaz beri tazkirah tentang surah Yaasiin, banyak ilmu yang dapat ku ambil...walaupun tak berapa ingat ayat penuh ustaz tu, tapi aku cuba kongsikan mengikut fahaman diri sendiri...
1) "...baca Yaasiin tak semestinya malam Jumaat je...malam-malam lain pun boleh jugak...malam Ahad ke...malam Isnin ke...malam Selasa ke...malam Rabu ke...malam Khamis ke...yang penting baca Yaasiin tu niat untuk dapat KEREDHAAN ALLAH...baru DOSA-DOSA KITA DIAMPUNKAN..."
2) "...baca Yaasiin tak kiralah sebelum ke selepas orang meninggal dunia..kita kena tahu...baca Yaasiin sebelum orang meninggal, dapat kurangkan kesakitan ketika sakaratulmaut...manakala baca Yaasiin selepas orang meninggal dapat kurangkan seksa dan azab dia dalam kubur..."
Setelah selesai tazkirah tersebut, azan Isyak berkumandang...ketika nie seluruh muslimin dan muslimah bangun untuk menunaikan solat...seperti mana-mana masjid yang biasa kita dengar, sebelum nak solat, tok imam akan kata...
"betulkan saf...rapatkan saf..."
betul tak???
tapi rasanya inilah kali pertama aku dengar tok imam kata...
"betulkan saf...rapatkan saf...
SOLATLAH KAMU SEOLAH-OLAH INI SOLAT TERAKHIR KAMU..."
masa tu aku ingat tok imam nak bertakbir dah...aku pun tengok makcik kat sebelahku dan hanya tersenyum...
memang terkesan betul tok imam kata macam tu...rasa tak nak buat silap sikit pun dalam solat...tak nak lagha2...sampai hari nie, bila solat je...mesti ingat tok imam tu cakap...
sama-sama kita doa semoga ditetapkan iman...
doa nie selalu kita baca...tapi berapa ramai antara kita tahu maksudnya???
(cuba tanya diri sendiri)
semalam terbaca Majalah Al-Islam kat kedai mengenai penghijrahan Adam AF2...
gambar dalam majalah tu lain sikit...yang bawah nie ambil di internet...
ALHAMDULILLAH...
sejuk mata sesiapa yang memandang... :D
Bicara IMG:
semoga solat kita sentiasa terjaga...
No comments:
Post a Comment