Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 May 2012

As-Sami' - Maha Mendengar

"Selalulah berdoa kepada Allah...Allah tahu apa yang terbaik buat kita...Jangan lupa selepas solat, baca Al-Quran dan berdoa.."

Itulah antara pesan ayahku dan ibuku...Merekalah sumber kekuatanku sehingga aku mampu mengharungi segala ujian dan cubaan dalam menuntut ilmu...

"Kenapa aku tak boleh berjaya macam orang lain?"

Mungkin sesetengah daripada kita sebagai pelajar pernah berfikiran macam nie...betul tak?

Memang kita tidak dapat lari daripada jatuh bangun dalam menuntut ilmu...Dan bukannya semua orang selalu berjaya dalam hidupnya...Mungkin kita tidak tahu atau tidak pernah tahu yang orang berjaya sebenarnya banyak ujian, cubaan yang terpaksa mereka harungi sehingga berjaya ke tahap tersebut...Tapi bagi kita apabila jatuh sekali...dua kali dalam menuntut ilmu...rasa amat pedih, kecewa, marah dan geram...

(Cuba kita sama-sama renungkan sejenak...)

Seringkali kita tengok sahabat kita rasa kecewa apabila dia tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran...dan pasti kita akan memberinya nasihat agar dia bersabar...

"Sabarlah..."

Namun, pernahkah kita fikir, macam mana perasaan kita apabila kita berada di tempat dia? Adakah kita sabar...bukan sahaja di mulut, tapi dihati??? 

Sebaik-baiknya kita berilah kata-kata semangat yang mampu membuatkannya lebih kuat, lebih tabah, lebih cekal dalam menuntut ilmu dan hal2 dengan perkataan....

"Jangan sesekali kita lupa untuk berdoa pada Allah...Allah itu As-Sami', yakni Maha Mendengar...Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala masalah, setiap rintihan yang kita ucapkan dalam doa..."

Ya Allah...semoga kami semua diberi kekuatan, kesabaran dalam menuntut ilmu...
Amin...



Maha Mendengar

Lagu/lirik/susunan muzik: Halim
Hakcipta Neurotic Studio (2012)

Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA



Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama



Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan



Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

(Salin dan tampal drpd Blog AbdHalim)


Bicara IMG:
Alhamdulillah....petang semalam dapat panggilan dari seorang staf IPTA yang memberitahuku untuk ditemuduga pada 27hb ini...Berdebar pulak nak mode teaching nanti...dah la 1 sem tinggal bab ngajar student2 nie (baru 1 sem je pun...hehehe..)....Apa-apapun aku doakan semoga segala urusanku pada 27hb nie berjalan dengan lancar, dijauhkan daripada sikap gelabah dan gementar...Amin... (Doakan saya yer! ^_^)


22 May 2012

1 Rejab 1433 Hijrah...

Semalam, selepas solat maghrib kehadirannya kita sambut dengan doa...yakni Doa Bulan Rejab...Ada baca ke tak semalam?? Kalau tak baca, jom kita baca...Bukannya terlewat...kerana kita akan menjalani kehidupan dalam bulan Rejab selama sebulan...Ayuh, sama-sama kita perbanyakkan amalan sunat...seperti berpuasa, berzikir, solat sunat...jangan tunggu bulan Sya'aban baru nak mula...(pesan untuk diriku jugak...)

Salam 1 Rejab 1433 Hijrah...

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan yang mulia...bulan ketujuh dalam kalendar Islam...Dah bulan ketujuh...Rasa baru je bulan Rejab meninggalkan kita semua tahun lepas...Rejab kembali lagi menemui kita...

Ya Allah...Kau panjangkan umurku, umur seluruh ahli keluargaku serta kaum muslim dan muslimat...agar kami semua dapat merebut pahala di bulan ini dan bertemu dengan bulan yang istimewa, yakni Ramadhan Al-Mubarak...
Amin...


Bicara IMG: 
Insya-Allah...post pada bulan Rejab ini akan lebih bermanfaat buat semua pengunjung...


13 May 2012

Buat 2 Wanita Istimewa...

Kerana KASIH SAYANGMU...

Kerana KESABARANMU...

Kerana KEIKHLASANMU...

Kerana KETAQWAANMU KEPADA ILAHI...

Aku kagum dengan keperibadian dirimu...

Dikaulah insan bergelar IBU...


--- Bicara Hati seorang anak dan seorang adik buat 2 wanita istimewa ---



|| SELAMAT HARI IBU ||

BUAT 2 WANITA ISTIMEWA DALAM HIDUPKU

YANG BERGELAR IBU


especially...

BUAT MA TERCINTA 
&
KAKAK YANG COMEL

06 May 2012

Tak Sampai 1 Minit Pun...

Tak sampai 1 minit pun...
(Itulah perkataan yang membuatkanku sentiasa ingat selepas menunaikan solat...)

Ayat tu aku dengar dalam radio SuriaFM hari Jumaat lepas...Memang betul apa yang Ustaz tu cakapkan (tak ingat pulak nama ustaz)...Tapi kerana ayat itu, benar-benar membuatkanku tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan tikar sejadah selepas solat...Tak kiralah walau ada benda/ kerja penting yang perlu ku siapkan, akan ku amalkannya...Alhamdulillah...sehingga hari ini dapat ku amalkan...

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah dalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 
[29:45]

Lupa pulak nak beritahu apa sebenarnya yang Tak sampai 1 minit pun...Nak ringkaskan apa yang dimaksudkan Ustaz...Yang sebenarnya Ustaz tu ada mengingatkan kita semua tentang doa pendinding...Jangan salah sangka pulak...nie bukannya tangkal...Tapi suatu doa yang kita mohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada buatan orang yang menjadi pendinding kepada kita...Ada 3 surah yang boleh kita amalkan selepas solat...

Surah 1: Surah Al-Ikhlas


Surah 2: Surah Al-Falaq


Surah 3: Surah An-Nas



Rajin-rajinlah kita tambah 1 lagi bacaan iaitu dengan mengamalkan Ayat Kursi...
Cuba anda semua praktikkan....Memang tak sampai 1 minit kan? ^_^


Jadi, kenapa kita selalu tergesa-gesa selepas solat dan terus doa? Apa kata sama-sama kita amalkan 3 surah tersebut...Moga kita semua diberi keselamatan daripada segala bencana manusia dan diberi ketenangan oleh-Nya....Amin...


Bicara Hatiku:
Sama-sama mengingatkan diri sendiri agar tidak lupa kepada-Nya ketika senang dan bukan hanya mencari-Nya ketika susah...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM