Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 May 2012

Buat 2 Wanita Istimewa...

Kerana KASIH SAYANGMU...

Kerana KESABARANMU...

Kerana KEIKHLASANMU...

Kerana KETAQWAANMU KEPADA ILAHI...

Aku kagum dengan keperibadian dirimu...

Dikaulah insan bergelar IBU...


--- Bicara Hati seorang anak dan seorang adik buat 2 wanita istimewa ---



|| SELAMAT HARI IBU ||

BUAT 2 WANITA ISTIMEWA DALAM HIDUPKU

YANG BERGELAR IBU


especially...

BUAT MA TERCINTA 
&
KAKAK YANG COMEL

06 May 2012

Tak Sampai 1 Minit Pun...

Tak sampai 1 minit pun...
(Itulah perkataan yang membuatkanku sentiasa ingat selepas menunaikan solat...)

Ayat tu aku dengar dalam radio SuriaFM hari Jumaat lepas...Memang betul apa yang Ustaz tu cakapkan (tak ingat pulak nama ustaz)...Tapi kerana ayat itu, benar-benar membuatkanku tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan tikar sejadah selepas solat...Tak kiralah walau ada benda/ kerja penting yang perlu ku siapkan, akan ku amalkannya...Alhamdulillah...sehingga hari ini dapat ku amalkan...

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah dalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 
[29:45]

Lupa pulak nak beritahu apa sebenarnya yang Tak sampai 1 minit pun...Nak ringkaskan apa yang dimaksudkan Ustaz...Yang sebenarnya Ustaz tu ada mengingatkan kita semua tentang doa pendinding...Jangan salah sangka pulak...nie bukannya tangkal...Tapi suatu doa yang kita mohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada buatan orang yang menjadi pendinding kepada kita...Ada 3 surah yang boleh kita amalkan selepas solat...

Surah 1: Surah Al-Ikhlas


Surah 2: Surah Al-Falaq


Surah 3: Surah An-Nas



Rajin-rajinlah kita tambah 1 lagi bacaan iaitu dengan mengamalkan Ayat Kursi...
Cuba anda semua praktikkan....Memang tak sampai 1 minit kan? ^_^


Jadi, kenapa kita selalu tergesa-gesa selepas solat dan terus doa? Apa kata sama-sama kita amalkan 3 surah tersebut...Moga kita semua diberi keselamatan daripada segala bencana manusia dan diberi ketenangan oleh-Nya....Amin...


Bicara Hatiku:
Sama-sama mengingatkan diri sendiri agar tidak lupa kepada-Nya ketika senang dan bukan hanya mencari-Nya ketika susah...

28 April 2012

Lebih kurang 6 bulan...

Bismillah...Permulaan post pada tahun ini di blog ini...

Lebih kurang 6 bulan lebih post nie terpaksa "dikunci" oleh tuan empunya blog...Memang terpaksa invisible blog nie atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...tapi mungkin ada hikmahnya...mungkin post selepas ini lebih baik, lebih tersusun dan memberi faedah buatku dan semua pembaca...Insya-Allah...

Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus-terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [4:148]

Alhamdulillah...kerana diberi kekuatan sehingga hari ini...saat ini...dan ketika ini untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai...Memang dinafikan apabila kita tidak dapat tahu sesuatu yang tidak dijangka fikiran kita selama ini, agak payah untuk kita terima...kemungkinan kita akan berubah daripada seorang yang ceria kepada pendiam, seorang yang sentiasa tersenyum kepada marah...tidak kurang pula bila duk sorang-sorang, kita pasti termenung teringatkan perkara tersebut...kalau boleh diputarkan kembali masa tersebut, mungkin takkan jadi macam tu...pernah tak anda semua berfikiran mcm tu?

Sebenarnya aku bukanlah menolak qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan untukku...tapi terselit perasaan kekecewaan kpd diriku sendiri...

Ya Allah...Ampunilah segala dosa-dosaku selama ini...Maafkanlah hamba-Mu yang khilaf ini...
Ya Allah...aku tahu sesungguhnya Engkau ada perancangan yang lebih baik kepadaku...cuma belum tiba masanya lagi...

Tidakkah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib. [9:78]

Adeh....tiba2 sebak la pulak...ok la...setakat nie saje post kali nie...Panjang umur kita berjumpa lagi...

Akhir kata, terimalah kata-kata semangat yang ku cipta sendiri...


HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM