Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 June 2012

Dulu...dan Kini...

Kalau dulu, diriku bergelar seorang PELAJAR...


yang mesti kena pergi sekolah...


yang perlu membuat latihan...



yang perlu berfikir bagi menyelesaikan setiap kerja sekolah yang diberikan...

yang paling BEST...time MATHS...
(rindunya zaman sekolah dulu...)



Namun, ketika di peringkat Universiti...

macam nie la...

tak sah kalau tak berkerut dahi...


fikir punya fikir...

sampailah...


zzzzZZZZ bersama cik buku...


Tapi itulah hakikat seorang pelajar bergelar SISWA mahupun SISWI

di UNIVERSITI...

Setiap pengorbanan yang kita lakukan...

dengan usaha yang bersungguh-sungguh

dan tidak lupa memohon pertolongan daripada-Nya...

Insya-Allah...dipermudahkan jalan untuk kita di hadapan sana...



Dan hasilnya kini...


ALHAMDULILLAH....

SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T.

Tanggal 10hb Jun 2012, aku telah melapor diri sebagai PENGAJAR...

yakni sebagai

PENSYARAH MATEMATIK

DI


Sekarang dah 3 minggu aku melaksanakan tanggungjawab yang diberikan

dan

aku gembira dengan suasana di sini...serta student2 yang ceria di dalam kuliah...


Doaku....

Semoga student2 yang aku ajar sem ini berjaya dengan jayanya...Amin...

Pesanan juga buat student2 ku dan bakal siswa/i...

JANGAN MERUMITKAN SESUATU YANG MENYENANGKAN...

^_________^


Bicara IMG: 
Bulan JUN ini merupakan bulan yang menggembirakan diriku dan hadiah buat 3 insan yang amat ku sayangi...Terima kasih buat ma, abah dan kakak tercinta atas doa kalian yang tak putus-putus serta pendorong diriku...Semoga ma, abah dan kakakku tercinta sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.
Amin...

08 June 2012

Peraduan SHARE MTV Message Undelivered...

Assalamualaikum...Nak straight to the point yer...Coz nak tolong promote + war2kan tentang 

PERADUAN SHARE
MESSAGE UNDELIVERED 


Pernah dengar tak tajuk lagu Message Undelivered? Kalau tak pernah dengar tu, kena la dengar yer...Serba ringkas dan padat sikit tentang lagu nie...

Lagu Message Undelivered telah dinyanyikan oleh penyanyi nasyid kumpulan Devotees, iaitu Abdul Halim Ahmad dalam Album Koleksi Nasyid Indie Vol.1 - Nasyeed Underground pada tahun 2009 terbitan Neurotic Studio...

Ringkas dan padat tak?hehehe... :D

Jadi, kepada yang belum dengar lagi..jangan nangis2...jangan sedih2...anda semua boleh dengarkannya...bukan sekadar lagu tapi sekali dengan video klip...

Jom sama-sama kita dengarkan... (jangan lupa baca post nie sampai habis...)



KEJAP2...
POST NIE BELUM HABIS LAGI....

Nak beritahu cara-cara sertai
PERADUAN SHARE
MESSAGE UNDELIVERED 

Caranya mudah je...


Post selepas ini telah disalin dan ditampal daripada Blog Abdul Halim...


Apa yang menariknya tentang kemunculan video klip Message Undelivered ni? Ya, saya dengan ini amat berbesar hati ingin mengumumkan yang 1 peraduan akan dibuka di mana hadiahnya berupa pakej percutian ke Seoul, Korea pada musim luruh 2012 ini bersama saya dan beberapa orang rakan lain. Awesome kan? ;-) Jadi diharapkan kepada sesiapa yang memang dah lama berhajat nak berjalan-jalan ke Korea tapi dengan jalan mudah dan cuma usaha sikiiiiittt je, jom sertai peraduan ini yang mana saya akan mula buka penyertaannya insyaAllah 7 JUN 2012 bersamaan hari Khamis. Bersiap sedialah semua kerana peluang keemasan mungkin hanya datang sekali seumur hidup.

So, stay tune dengan update2 saya terutamanya di facebook page saya www.facebook.com/halimdevotees dan juga facebook.com/halimofficial untuk berita-berita terkini dan cara penyertaan. Akhir sekali please share this ads to others, kerana untuk anda menang sebenarnya adalah dengan mem'promo' cerita ni kepada rakan-rakan anda yang lain, tak kira la kat blog sesiapa ke, facebook page member ke, page Justin Bieber ke, Maher Zain ke, forum-forum ke, hatta ke forum resepi sekalipun amat digalakkan bagi membuka peluang lebih untuk memenangi hadiah ni *dah bagi hint ni*. hehe.


Bicara IMG:
Salam Jumaat kpd semua pengunjung...dan JANGAN LUPA SHARE yer lagu tu!!!!!


24 May 2012

As-Sami' - Maha Mendengar

"Selalulah berdoa kepada Allah...Allah tahu apa yang terbaik buat kita...Jangan lupa selepas solat, baca Al-Quran dan berdoa.."

Itulah antara pesan ayahku dan ibuku...Merekalah sumber kekuatanku sehingga aku mampu mengharungi segala ujian dan cubaan dalam menuntut ilmu...

"Kenapa aku tak boleh berjaya macam orang lain?"

Mungkin sesetengah daripada kita sebagai pelajar pernah berfikiran macam nie...betul tak?

Memang kita tidak dapat lari daripada jatuh bangun dalam menuntut ilmu...Dan bukannya semua orang selalu berjaya dalam hidupnya...Mungkin kita tidak tahu atau tidak pernah tahu yang orang berjaya sebenarnya banyak ujian, cubaan yang terpaksa mereka harungi sehingga berjaya ke tahap tersebut...Tapi bagi kita apabila jatuh sekali...dua kali dalam menuntut ilmu...rasa amat pedih, kecewa, marah dan geram...

(Cuba kita sama-sama renungkan sejenak...)

Seringkali kita tengok sahabat kita rasa kecewa apabila dia tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran...dan pasti kita akan memberinya nasihat agar dia bersabar...

"Sabarlah..."

Namun, pernahkah kita fikir, macam mana perasaan kita apabila kita berada di tempat dia? Adakah kita sabar...bukan sahaja di mulut, tapi dihati??? 

Sebaik-baiknya kita berilah kata-kata semangat yang mampu membuatkannya lebih kuat, lebih tabah, lebih cekal dalam menuntut ilmu dan hal2 dengan perkataan....

"Jangan sesekali kita lupa untuk berdoa pada Allah...Allah itu As-Sami', yakni Maha Mendengar...Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala masalah, setiap rintihan yang kita ucapkan dalam doa..."

Ya Allah...semoga kami semua diberi kekuatan, kesabaran dalam menuntut ilmu...
Amin...



Maha Mendengar

Lagu/lirik/susunan muzik: Halim
Hakcipta Neurotic Studio (2012)

Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA



Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama



Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan



Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

(Salin dan tampal drpd Blog AbdHalim)


Bicara IMG:
Alhamdulillah....petang semalam dapat panggilan dari seorang staf IPTA yang memberitahuku untuk ditemuduga pada 27hb ini...Berdebar pulak nak mode teaching nanti...dah la 1 sem tinggal bab ngajar student2 nie (baru 1 sem je pun...hehehe..)....Apa-apapun aku doakan semoga segala urusanku pada 27hb nie berjalan dengan lancar, dijauhkan daripada sikap gelabah dan gementar...Amin... (Doakan saya yer! ^_^)


HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM