Alhamdulillah..Diberi kesempatan utk mencoretkan ucapan kpd semua pengunjung blog nie..
Anda suka lawat blog ini?
Teman Bicara Hatiku
15 July 2010
09 July 2010
My 1st Conference @ Shah Alam...
Alhamdulillah..Akhirnya dapat jgk aku post kali nie..w/pun sebenarnya x sihat sgt..selesema dr blk conference 2 hari lps..kali nie post dari Shah Alam..
Sebelum tu, nk ucap terima kasih byk2 kpd studentku (Din) coz sudi hntr akk dgn mak dkt stesen bas ahad lps..smoga Allah balas jasa Din..
Tak sangka btul aku..cpt betul masa berlalu..aku terima acceptance full paper dr UiTM Shah Alam bln 3..skrg dh sampai tarikhnye utk present (6/7/2010)..fuhhhh..berdebarnya hanya Tuhan yang tahu..kalu nk kata x takut, tipu la..coz nie bukan sebarangan present..My 1st conference also My 1st presentation for My Master..
Diariku sempena conference @ Shah Alam..
Sebelum tu, nk ucap terima kasih byk2 kpd studentku (Din) coz sudi hntr akk dgn mak dkt stesen bas ahad lps..smoga Allah balas jasa Din..
Tak sangka btul aku..cpt betul masa berlalu..aku terima acceptance full paper dr UiTM Shah Alam bln 3..skrg dh sampai tarikhnye utk present (6/7/2010)..fuhhhh..berdebarnya hanya Tuhan yang tahu..kalu nk kata x takut, tipu la..coz nie bukan sebarangan present..My 1st conference also My 1st presentation for My Master..
Ya Allah..Kau Permudahkanlah ku untuk present paper pada hari tersebut..Amin..
Diariku sempena conference @ Shah Alam..
1st day - 6/7/2010 (Selasa)Oleh kerana nie 1st conference aku, pukul 7.20 pg aku dh bertolak dr rumah kakak aku..semangat nk g present paper (w/pun ada jgk rasa takut..hehe..). tmpt yg aku nk g present tu x la jauh sgt..coz kwn aku brthu 10 minit je dr rumah kakak..ok la..x jauh sgt.. :D
sampai je kat sane ---> Hotel Grand Blue Wave Shah Alam dlm kul 7.45 pg..
dh sampai, bermulalah keje ku yg pertama..ambik gmbr banner conference dulu..hehe..
sementara tunggu kak noya dtg, jln2 area hotel tu kjp..jln2 dkt kafe hotel tu, terpandang la aku kat satu benda nie..semangat btul diorg nie..jom tgk gmbr nie.. :D
Negara mana yg bakal menang nanti?Lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku n kak noya terus g register..Syok2 nk present hari nie..tba2..(biarlah rahsia nie hanya siapa2 yg tahu sahaja..hehe.. :D )
p/s: nk ucap tq to Nik Zulkarnaen as Vice Chairman pd hari tu.. :D
p/s: nk ucap tq to Nik Zulkarnaen as Vice Chairman pd hari tu.. :D
Alhamdulillah..selesai jgk present 1st day..lega rasa..lebih2 lagi dpt present sebelum lunch..kalau present lps lunch, x makan la aku..hahaha..Biasa la adat present kat luar..ada la komen n kritikan dr pakar2..apa saja yg aku terima pada hari tu, aku terima dgn hati terbuka..aku pegang dgn kata2 nie..
Biar apa pun komen dan kritikan yg diterima,
Ambil ia sebagai positif..
Demi Master ku..
Ambil ia sebagai positif..
Demi Master ku..
(Hari nie event start lewat skt..pukul 9 pg..slot pagi nie mmg best..penyampaian yg disampaikan oleh penceramah Prof. Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim..kpd yg berminat, blh la lawati blog beliau (Kehidupan Ringkas tapi Signifikan)...
Tajuk yg disampaikan oleh Prof. Dr. Kamil betul2 menarik minat ku utk mendengar..lebih2 lagi pasal PhD..coz itulah impianku..
Walau sebesar dan seberat mana cubaan utk aku siapkan master nie...
Demi PhD, aku sanggup berjuang siapkan tesis...
Ya Allah..Kau permudahkanlah hambaMu ini...
Amin...
Demi PhD, aku sanggup berjuang siapkan tesis...
Ya Allah..Kau permudahkanlah hambaMu ini...
Amin...
Beberapa ayat dan petikan dr penyampaian Prof. Dr. Kamil yg aku nk kongsi kpd smua pembaca blog Bicara Hatiku ini berkenaan.. PhD: WILL YOU SUCCEED WITHOUT A SUPERVISOR?
" ...All of you are chosen ones. Not everyone can reach this level. It is a sacrifice that involves many people not just by the individual who is doing the PhD alone. It affects parents, husband or wife, children or organization. I'm sure all of you here have heard stories mostly the obstacles while completing the PhD... "
" ...The process of research should be the responsibilities of the students themselves. It means if the official supervisor does not give much help, search for an unofficial one to assist you in solving the problems... "
" ...The process of research should be the responsibilities of the students themselves. It means if the official supervisor does not give much help, search for an unofficial one to assist you in solving the problems... "
Ucapan beliau sebelum mengakhiri ceramh pd pagi tu adalah menasihatkan kpd smua:
" ...In order to excel, we have to be honest so that we can deliver our messages and knowledge to other people... "
" ...Second, be sincere in accepting someone else's success and commitments as your inspiration to move forward... "
" ...Last but not least, be honest in accepting our responsibility as a leader to those young researchers out here who need our assistance and guidance... "
" ...Second, be sincere in accepting someone else's success and commitments as your inspiration to move forward... "
" ...Last but not least, be honest in accepting our responsibility as a leader to those young researchers out here who need our assistance and guidance... "
Semoga segala input yg aku dapat sepanjang 2 hari conference ini dapat aku perbaiki lagi tesis ku ini..dan segala ilmu yang aku dengar dari penceramah2 yang pakar dalam bidang masing2 dapat aku kongsi bersama kwn2...
Buat diriku:
Alhamdulillah..full paper ku utk present bln dpn dh accept..so miss intan, perbaiki apa yg patut utk tesis tu dan jgn lupa siapkan slide utk presentation bln dpn (3-5/8/2010)...
Buat diriku:
Alhamdulillah..full paper ku utk present bln dpn dh accept..so miss intan, perbaiki apa yg patut utk tesis tu dan jgn lupa siapkan slide utk presentation bln dpn (3-5/8/2010)...
25 June 2010
Kelebihan Membaca Al-Quran...
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.
ADAB MEMBACA AL-QURAN
Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:
1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.
2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.
4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.
7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.
8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).
Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.
11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.
12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
Firman Allah S.W.T:
Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)
Pengertian Tartil pada bahasa:
Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.
Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.
Saidina Ali k.w berkata:
Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)
Firman Allah S.W.T.:
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)
Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)
14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.
17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”
18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.
19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).
20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.
Sumber: Dipetik dari FB Akademi Al-Quran
http://www.facebook.com/#!/topic.php?uid=317092832858&topic=14458
Subscribe to:
Posts (Atom)
