Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 August 2009

Adab Menyambut Ramadan...

Setiap manusia yang menjalani ibadah puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan lagi ibadah tersebut. Antara yang mesti diketahui adalah:

1) Memelihara kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasa akan suci dan sempurna.

2) Mengawal diri daripada memakan makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur keraguan terutama ketika berbuka dan berusaha untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

3) Kurangkan waktu tidur pada siang hari, sebaiknya penuhi waktu luang dengan melakukan amal soleh. Dengan demikian jiwa lebih terkawal, keinginan nafsu menjadi kurang dan hati bertambah ceria. Itulah rahsia dan inti pati puasa yang perlu kita capai.

4) Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makanan sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

5) Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.

6) Segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika tiada, memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

7) Nabi Muhammad s.a.w. berbuka dahulu sebelum baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: [Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur]. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

8) Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w. " Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah).

9) Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.




Sumber Majalah Dara.com Edisi 86-Ogos 09

No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM