Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 January 2010

Nota Cinta...

Alhamdulillah..Dah sampai pun album terbaru Saujana - Nota Cinta..Hari Jumaat bank-in, terus smpai cd smlm..Tq byk2 kpd Firdausz NasyidFM..Kpd sesiapa yg susah nak cari album2 nasyid, bolehlah layari web seperti di bwh..



Album Saujana nie ada 14 buah lagu..Antaranya:

1) Nota Cinta
2) Titik Ajaib
3) Hasbi Rabbi
4) Jika Terakhir Buatku
5) Inang Anak Perantau
6) Ya Muhaiminu Ya Salam
7) Patah Hati
8) Khabar Dari Langit
9) Tausyeh Sika
10) Ishtaqna
11) Kembara
12) Zikir Munajat
13) Sifatullah
14) Sepohon Kayu Daunnya Rimbun




Semua lagu best2..tp yang paling aku suka...lagu Patah Hati dan Nota Cinta..


Patah Hati
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati

Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota Cinta
Lagu: Nino
Lirik: Nino


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kpd yg berminat nak beli album-album Nasyid dan produk Islamik, bolehlah dapatkan secara Online di e-Bazaar NasyidFM...
Layari http://www.nasyidfm.net/store/

22 January 2010

Konsert Seindah Purnama UNIC...

Alhamdulillah..dapat juga aku n mak g Konsert Seindah Purnama UNIC kat UDM (Universiti Darul Iman) 19hb lps..malam sblm tu dah ada konsert, tapi aku x dpt nak g..coz kereta aku (opsss!!! silap..bukan kereta aku..tp kereta ayah kesayanganku) still kat w/shop (ada prblm skt..biasa la..org pompuan drive kan..hehe..)

Malam tu, lps solat maghrib (around kul 7.30 malam), aku n mak bertolak dr umah..(rasanye x awal dh kot..)..coz nak duduk tempat kat dpn kan..blh la tgk UNIC (my favourite nasyid) dkt2.. Sambil2 dgr konsert..apa lg..keje biasa aku..ambik gmbr UNIC..Jom layannn...

















p/s: Terima kasih kpd Salwa coz sudi beli tiket utk akk..Budi baikmu sntiasa diingati...

17 January 2010

6 Perkara Allah SWT Sembunyikan...

Cuba kita renungkan beberapa pertanyaan berikut...

PERTAMANYA: Pernahkah kita merasa berat atau malas ketika hendak melaksanakan solat?
Mungkin jawapannya: Pernah...

KEDUA: Pernahkah kita meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang telah baligh?
Jawapannya mungkin: Pernah... Atau bahkan mungkin Sering...

KETIGA: Pernahkah kita memikirkan apa yang telah Allah SWT siapkan sebagai imbalan atas ibadah solat kita?
Mungkin jawapannya: Jarang.. Atau bahkan mungkin Tidak Pernah...


Sebenarnya, solat itu bukanlah perkara yang berat untuk dikerjakan. Untuk mengerjakan solat, seseorang tidak harus membanting tulang atau memeras keringat terlebih dahulu. Mengerjakan solat juga tidak harus memerlukan waktu yang panjang. Bahawasanya mengerjakan solat itu bukanlah pekerjaan yang akan melelahkan atau mengurangkan sebahagian atau seluruh kudrat kita. Sesungguhnya dengan solat inilah, jiwa kita yang telah letih disebabkan seharian bekerja akan beristirehat dan mengumpulkan kudratnya kembali. Dengan solat, fikiran yang kusut akan kembali segar.

Aneh rasanya, jika kita telah mengetahui bahawa solat ialah salah satu ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah SWT namun kita berani meninggalkannya. Seandainya semua manusia itu mengerti bahawa perintah solat adalah perintah yang akan memberikannya ganjaran yang tidak terkira besarnya, nescaya mereka akan menyesal kerana telah meremehkan perintah solat itu.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak". Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah-Ku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seseorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datangnya seorang nabi yang mulia dan yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat itu di atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat itu bukan di atas perintah-Ku."

Kemudian Jibrail a.s berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang akan Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat keizinan, maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon di situ dan dia sujud kepada Allah SWT. Lalu ia berkata di dalam sujudnya:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?".

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nesacaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."


Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha mengerjakan suruhan-Nya. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 PERKARA iaitu:

1. Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam TAAT.

2. Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya dalam MAKSIAT.

3. Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam KITAB AL-QURAN.

4. Allah SWT telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam BULAN RAMADHAN.

5. Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam SOLAT (yang 5 waktu).

6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam SEMUA HARI..



12 January 2010

Tahniah...

Sambil2 aku buat tesis nie..baru teringat nak post something kat blog yg comel nie..cerita kali nie ttg meeting yg aku hadiri mggu lps (meeting dh lame..baru nak wish..hehe...)..ermmm..sblm start cerita, aku nak ucapkan

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG
(TERUTAMANYE KWN2 KU) COZ SUDI MENJENGUK KAT BLOG NIE..

Post kali nie aku nak ucapkan

T A H N I A H

kpd semua AJK BARU SISMAT 2010/2011..sempena perlantikan yg dijalankan 6hb (mggu lps)..


..
p/s: lewat plk wish nie (jgn marah..)..tp still remember smua..hehe..semoga AJK lama dpt memberi tunjuk ajar bagi menjayakan program yg dijalankan nnti..

08 January 2010

Perlukah...


Perlukah

Munsyid : Forheart


Menitis airmata ku

Hilangnya sahabat sejati

Yang dia yang dikau ku merindu

Persahabatan abadi


Setiap detik teringatkan dikau

Walaupun kau pergi membawa diri

Kasih sayang kita tidak terjangkau

Ditemukan impian yang murni


Perlukah daku ditinggalkan

Perlukah engkau melupakanku

Perlukah ada rasa kesangsian

Perlukah ada rasa rindu





01 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010...

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Sempena tahun baru ini, aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

kpd smua kawan2 dan pengunjung2 blog ini..

JADIKAN TAHUN 2009 SEBAGAI KENANGAN
DAN MOGA2 TAHUN 2010 MEMBERI KITA KEJAYAAN..





Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM