Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 September 2011

Jom Tengok Konsert UNIC...

Assalamualaikum kpd semua..Semoga kita semua sentiasa berada dlm lindungan-Nya..

Makin hari, makin sibuk pulak..sibuk dgn kelas + mark paper...sampai tak sempat nak post apa2..ada benda nak share cerita..bukan gosip yer..hehehe..Seperti sedia maklum post sebelum ini, pendaftaran pelajar baru ke institut pengajian tinggi (IPT) telah berlangsung pada awal bulan 9 (formal semacam la pulak ayat nie)...so, suasana kampus pun tiba2 bertukar (mcm shock culture pulak)...........biasanya kalau pukul 9 pagi, tak ada la penuh + sesak parking kereta..tapi..tahun nie (tahun2 sebelum nie pun sama la jugak) kat UMT, mmg penuh la..nak kata kat mana org x parking...semua "main" parking je..kalau boleh sampai kat depan muka pintu..buka pintu ---- terus masuk kelas..hahaha..


bab parking dah habis yer..x nak cerita la panjang2..coz ada cerita di sebaliknya (cerita yg MEMANG TAK BEST)..

next story...


Musim konvokesyen dah bermula....(tapi aku tak konvo lagi tahun nie..huhuhu..)

Tapi aku tumpang gembira tgk kwn2 yg telah konvo dan akan konvo..x kira la dpt degree ke..master ke..PhD ke..

TAHNIAH BUAT SEMUA...
CONGRATES...
Teringat time konvo degree dulu..rindu kat kwn2...tapi yg BEST + GEMBIRANYA sebab malam sebelum aku konvo ada KONSERT UNIC..

Jom tengok gmbr KENANGAN DULU ---- KONSERT UNIC DI UMT (2009)..


UNIC @ Konvo UMT ke-7, 2009
Tahun nie, UNIC kembali lagi ke UMT..Sempena KONVO UMT KALI KE-9...BESTNYEEEEE...

Jommmmmmm.....kita tengok Konsert UNIC.......

di UMT......29/9/2011....Hari Khamis...Jam 8.30 malam...

JANGAN LUPA!!!


10 September 2011

Hebahan 1: Konsert Jelajah Satu Malaysia Bersama Destiny...

Anda semua kenal kumpulan nasyid Destiny? Kpd sesiapa yg belum mengenali kumpulan berkenaan, saya share serba sedikit mengenai kumpulan nasyid berkenaan.. (mcm promoter plk..hehehe..)


Sumber:
http://fenomenasyid.blogspot.com/2009/10/album-terbaru-destiny-dan-biodata-ahli.html


Destiny merupakan sebuah kumpulan Nasyid Moden yang dianggotai oleh sekumpulan remaja yang optimis dengan kemampuan hiburan yang mendidik jiwa dan menenagkan fikiran. Tampil dengan Album sulung di bawah edaran Wisdom Mind Sdn. Bhd, Destiny sedang merencanakan program-program yang akan menemui peminat semua.



Kumpulan ini diberi nama


DESTINY - Takdir

D = Destinasi E = Emosi S = Spritual T = Tekun I = Insaniah N = Nurani Y = Yakin



:: Profile ahli kumpulan Destiny ::
Yusof bin Yahya
B.74 Felda Raya Jengka 14, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (Bahasa Melayu))
23 tahun



Tahun ini, kumpulan nasyid Destiny akan mengadakan Konsert Jelajah Satu Malaysia bermula hari ini (10 September 2011)..

Untuk info terkini kumpulan berkenaan, bolehlah lawati FB
Destiny Nasyeed...


Bagi Hebahan 1 ini, beberapa lokasi telah di post oleh ahli kumpulan di FB..


10 September 2011
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
-

10 September 2011
- Tapah, Perak
-

16 September 2011
- UiTM, Kuala Lumpur
-

17 September 2011
- KISAS Selangor
-

25 September 2011
- UKM Bangi
-


Tempat lain tak pergi ke????????


TUNGGUUUUUUUUUU.....


Nantikan kemunculan Kumpulan Destiny di tempat anda..



07 September 2011

Registration for Postgraduate 2011/2012...

:: 7 September 2011 ::

Ucapan

TAHNIAH

buat sahabat2 yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master mahupun PhD..

Hari nie dah start registration for postgraduate student di Universiti Malaysia Terengganu..Bermula 7/9/2011 sehingga 20/9/2011..kiranya 2 minggu GS bagi masa untuk student2 yang baru & lama register..

(Gambar ini hakcipta terpelihara SISMAT UMT)


Alhamdulillah..sem nie register jgk..tp bukan as student la..just utk tunggu VIVA (kiranya half la byr yuran nnti..hehehe)..

Post kali ini, bukan sahaja ucapan TAHNIAH buat student2 + kawan2 yang register di UMT..tapi di semua tempat..tak kisah la IPTA ke IPTS..mana2 tempat sama sahaja..asalkan niat kita MENUNTUT ILMU..

TAHNIAH BUAT SEMUA..
AKHIRNYA ANDA SAMPAI KE TAHAP INI..

ALHAMDULILLAH..


Bicara Hatiku: walaupun kita dah berjaya, jangan kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

05 September 2011

Selesai Setakat Ini...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah..

Hanya itu yang mampu ku ucapkan setelah segala usaha + penat lelahku selama ini berhasil..dan inilah hasilnya (yang selamat ku hantar jam 12.41 t/hari tadi)..

Semoga "dirimu" selamat sampai..


Sebenarnya banyak rintangan+pengorbanan yang perlu aku harungi untuk sampai ke tahap ini..Ada masanya sampai aku hilang semangat nak siapkan tesis ini..tapi berkat galakan mak ayah yg merupakan SUMBER INSPIRASI dan HARAPAN, akhirnya dapat aku siapkan..Memang benarlah apa yang selalu org kata...

Nak capai sesuatu KEJAYAAN perlu sedikit PENGORBANAN..


So, bermula sekarang kena prepare utk hari penting..hari yang amat ditunggu oleh semua student ..demi segulung Master mahupun PhD iaitu ----------------------------- VIVA..

Doakan semoga dipermudahkan dalam menghadapi VIVA nanti dan beroleh MSc. Mathematics (Statistics)..


Bicara Hatiku: Terima kasih kpd semua sahabat2 yang telah byk membantu sehingga siapnya tesis ini..Semoga Allah membalas jasa kalian..U all my best friends... ^_^


HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM