Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 June 2011

To my sweetheart, my MOM...

TO MY
SWEETHEART,



L.O.V.E Y.O.U M.O.M



Ya Allah..
sempena hari lahir ibu ku hari ini..

Kau panjangkan umur ibu ku..
Murahkan rezekinya..
Moga diberi kesihatan tubuh badan padanya..
Jauhkan ibu ku daripada segala bencana..
Sebagaimana dia telah menjagaku serta
seluruh keluarga kami dengan sempurna..


Ya Allah..
sempena hari lahir ibu ku tahun ini..

Ku mohon pada-Mu..
Agar segala impian dan cita-citanya
untuk melihatku berjaya VIVA tercapai..

Sesungguhnya tiada apa yang mampu kami semua lakukan dan bahagiakan dirinya..

Selain melihatnya sentiasa tersenyum dan gembira
dengan kejayaan anak-anak,
bersama suami tercinta
dan
bersama cucu yang comel-comel


Ya Allah..
Kau perkenankan doa hamba-Mu ini..

Amin...

Bicara Hatiku: kebahagiaanmu dan keceriaanmu merupakan semangat bagi ku..

..Sepanjang hidup seiring waktu..Aku bersyukur atas hadirmu..
..Kini dan selamanya aku milikmu..


19 June 2011

To my handsome and lovely DAD...

To my handsome and lovely dad..

SELAMAT HARI BAPA
Semoga dirimu sentiasa
dilindungi Allah S.W.T..

Terima kasih atas segala
pengorbananmu selama ini..
Sesungguhnya kau lah pendorongku sehingga berjaya ke tahap ini..

MISS YOU SO MUCH ABAH


Bicara Hatiku: walau dirimu jauh di mata, namun pesananmu sentiasa dekat di hatiku..


Lagu nie SPECIAL UTK ABAH TERSAYANG..




17 June 2011

Tarikh Penting Bulan 6...

Ya Allah..
Kau kuatkan semangatku..
Jangan sampai aku cepat putus asa
dengan setiap ujian dan dugaan dari-Mu..


Alhamdulillah..jumpa lagi hari Jumaat..hari yang mulia..hari yang terdapatnya pelbagai fadilat..bagiku hari Jumaat spt ini la hari yg paling baik utk sama2 kita MUHASABAH DIRI..apa yg telah kita buat dan lakukan sepanjang 5 hari lps..(apa yg baik, syukur Alhamdulillah..dan yg x baik/bagus, sama2 la kita perbaiki..mungkin ada silap dan salah yg pernah kita lakukan..sama2 kita ingat kembali..)
++ pesanan buat diriku juga..

Bulan nie cepat sangat masa berlalu..rasa dah habis speed buat kerja nie..skrg dah 17hb..byk tarikh penting yg perlu memorise..antaranya:

23/6
( )
(nantikan post akan datang.. ^_^)


27/6
(nak kena submit paper)
(tajuk still xde lagi..harap2 dpt idea lps nie..)


Bicara Hatiku: Alhamdulillah..dengan apa yg telah Engkau kurniakan..moga diriku takkan lupa pada-Mu walau keadaan susah dan senang..


11 June 2011

Buat Dirimu Bergelar...


SELAMAT HARI LAHIR

+

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN


Hari nie merupakan HARI TERISTIMEWA

buat dirimu..

insan yg tidak dapat ku tukarganti..

mahupun dicari seluruh dunia..


BUAT DIRIMU BERGELAR

KAKAK...

dan juga

ANAK, IBU DAN ISTERI

Ucapan dr kami sekeluarga:


SELAMAT HARI LAHIR

SEMOGA PANJANG UMUR..

MURAH REZEKI..

SENTIASA DILINDUNGI ALLAH S.W.T...

SEMOGA MENJADI ANAK, IBU DAN ISTERI YANG SOLEHAH SERTA MITHALI..

DAN

GEMBIRA BERSAMA SUAMI SERTA ANAK-ANAK YG COMEL..



Bicara Hatiku: skrg tgh tgk bola..mlm nie Ganu lwn Klate..Jom pakat2 sokong TRANUNGGG..

Keputusan skrg: Trg=1 , Kel=1

Jom smbng tgk..hehehe...

03 June 2011

Mungkin Terbaik Buatku...


(status yg bercirikan STATISTIK..)
~~ setia dgn STATISTIK kan.. ^_^

Mungkin Itu yang Terbaik Buatku..


Setiap orang mesti pernah rasa:


Sibuk

Bingung
(x tahu nak pilih yang mana 1..last2 tido la jwbnya..)


dan akhirnya sampai satu tahap..


Arggghhhhhhhh..
sakitnya kepalaaaaa
memang x boleh nak buat apa dah..

tapi kena buat jugak..tak boleh manjakan diri..coz bagiku BULAN 6 nie..


BULAN YANG PERLU AKU KORBANKAN BANYAK MASA..

BULAN YANG PERLU AKU BERTUNGKUS-LUMUS..



WALAUPUN TERDETIK DI HATI INI


KENAPA LA AKU TAK SIAP2 LAGI??

KENAPA LA BILA NAK SUBMIT BANYAK PULAK SOALAN YANG TIMBUL??


RASA BERBELAH BAHAGI PULAK NAK SUBMIT..





so, cara terbaik bagi tenangkan hati dan jiwa..

M.U.H.A.S.A.B.A.H D.I.R.I



Bicara Hatiku: will be OFFline until all things OK and settle..semoga kita semua sentiasa dipermudahkan-Nya dalam pelbagai urusan..Amin..

02 June 2011

Welcome to UMT!!!

Welcome to UMT!!!!!

Kepada semua pelajar yang telah mendaftar semalam bagi Program Diploma Sesi 2011/2012 dan kini bergelar

MAHASISWA/MAHASISWI
di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

TAHNIAH BUAT SEMUA!!!

Teringat zaman dulu2..1st time masuk UMT..seronoknya smpai sehari sblm daftar smpai x tdo..coz xsabar nk gi register kan..so, mcmn budak2 skrg nie rasa, mcm tu jgk la aku rasa dulu..cuma register yg nie x ramai sgt..coz bdk2 daftar utk program diploma..kat UMT nie ada 1 je program diploma yg ditawarkan iaitu Diploma Perikanan..

Jom, nak cerita serba sedikit ttg Diploma Perikanan nie (but i'm not ex-student Diploma in Fishery)..


Untuk makluman semua pembaca, Diploma Perikanan merupakan program yg berada bawah Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur di Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM)..

Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur merupakan salah satu jabatan di bawah naungan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan. Jabatan ini mula beroperasi pada sesi akademik November 2002/2003. Kewujudan jabatan ini mempunyai matlamat memberikan latihan akademik dan profesional dalam dua aspek major; iaitu Sains Perikanan dan Akuakultur. Dalam aspek sains perikanan tumpuan diberikan kepada ekologi akuatik, biologi vertebrat dan vertebrat akuatik, botani akuatik, dinamik populasi ikan, ekofisiologi organisma akuatik, mikrobiologi, pencemaran akuatik, perikanan rekreasi, biostatistik, kaedah instrumentasi akuatik, teknik eksploitasi sumber akuatik, teknologi pasca panen perikanan, undang-undang dan polisi perikanan, ekonomi perikanan, ekonomi perikanan, pengurusan perkapalan dan ilmu perkapalan dan pelayaran. Dalam aspek akuakultur pula tumpuan diberikan kepada kajian genetic dan pembiakbakaan, pengurusan kualiti air untuk akuakultur, rekabentuk dan sistem akuakultur, kultur makanan hidup, teknik penghasilan benih, teknologi makanan dan pemakanan ikan, kesihatan organisma akuatik, bioteknologi akuakultur, ekonomi akuakultur dan iktiofisiologi.

Fungsi

  • Mengeluarkan tenaga manusia yang cekap, berpengetahuan dan dinamik dalam bidang sains perikanan dan akuakultur, di samping menghasilkan insan yang syumul dan berketrampilan.

Program yang ditawarkan

  1. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

  2. Sarjana Muda Agroteknologi (Akuakultur)

  3. Diploma Perikanan


Diploma Perikanan

Program ini menawarkan kursus separa profesional dalam bidang teknikal sains perikanan dan penangkapan ikan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Perikanan meliputi kesemua aspek yang berkaitan dengan industri ikan, termasuk bidang-bidang seperti oseanografi, pencemaran air, teknologi menangkap ikan, teknik-teknik menangkap ikan, pelayaran, perkapalan, pemeliharaan, pembaik-biak ikan, pemakanan ikan dan penyakit ikan. Memandangkan ikan merupakan satu alternatif kepada sumber bekalan protein negara selain daging, maka wajarlah pengajian terhadap sektor ini didalami supaya dapat memenuhi hasrat ini di samping memperbaiki taraf hidup nelayan. Pemegang diploma program ini dapat bekerja di sektor awam dan swasta yang berkaitan dan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.


Syarat Kemasukan

Peringkat Diploma

1. Diploma perikanan

i) Syarat Am

a. Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk:

  • Bahasa Melayu dan
  • Matematik

b. Lulus dalam Bahasa Inggeris

ii) Syarat Khas Program

a. Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Sains
  • Sains Tambahan

b. Mendapat kepujian dalam mana-mana dua mata pelajaran yang lain.

(Keutamaan diberi kepada pemohon yang memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Biologi)
ATAU
Memiliki kelayakan yang setaraf


Sumber: http://www.umt.edu.my/v8/jab_sains_perikanan_akuakultur.php#6


Pesanan buat semua pelajar: Do Your BEST at UNIVERSITY..

Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM