Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 August 2012

Salam AidilFitri 1433 Hijriah...

Walaupun hari nie dah 3 Syawal, tapi rasanya tak lewat lagi (raya kan sebulan...betul tak?) 
nak ucap 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR & BATIN 
kepada seluruh muslimin & muslimat di seluruh dunia...
tak lupa buat sesiapa yg mengenali pemilik blog yg manis nie 
(manis macam kuih almond blueberry)...

Terimalah kad raya yang telah lama siap edit...cuma lambat post je...

Bicara IMG:
Jumaat nie dapat jemputan drpd sahabat baik (BFF) yg akan bertunang...Tahniah buat sahabatku...Selamat bergelar tunangan orang...Doakan sahabatmu ini cepat2 dapat jodoh...hehehe...
Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditentukan oleh Allah S.W.T.

16 August 2012

Semoga Dirimu Selamat...

Doakan semoga kakakku selamat...

Buat kakakku tercinta:
Semoga dirimu selamat, 
sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. 
dan tiada apa2 yang buruk berlaku kepadamu...
Sesungguhnya kami semua amat menyayangimu...
dan sesungguhnya 
KAULAH KAKAKKU DUNIA DAN AKHIRAT...


WE ALL LOVEEEEEEEE YOUUUUUUUUUU...


Bicara IMG:
Tak boleh nak cerita panjang2...masih terkejut dan sedih sgt2...huhuhuhuhu..... :-( :-( :-(

09 August 2012

10 Malam Terakhir...

Alhamdulillah...akhirnya kita semua sudah sampai ke penghujung bulan Ramadhan yang mana ramai orang sebut 10 Malam Terakhir...

Rebutlah 10 Malam Terakhir ini sebaik mungkin...

Walapun ada di kalangan kita yang begitu excited nak sambut Hari Raya, jangan pula kita lupa untuk rebut peluang yang ada nie (pesan pada diri sendiri jugak)....lebih-lebih lagi pada 10 Malam Terakhir di bulan Ramadhan...

Antara saat yang kita semua tunggu adalah untuk bertemu
MALAM LAILATUL QADAR...

Semoga kita semua dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadar
Insya-Allah...


Perkongsian Bersama...

TIPS 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


Bicara IMG:
Tengah hari esok akan diadakan Tadarus Al-Quran...


03 August 2012

3 Ogos | 14 Ramadhan 1433H

| 03082012 | Jumaat | 14 Ramadhan 1433 Hijrah |


(Gambar hiasan semata-mata)


Post ini ditujukan khas dan istimewa buat 2 insan yang amat disayangi...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
BUAT MA DAN ABAH

Semoga Cinta dan Kasih Sayang MA dan ABAH Sampai ke Syurga
dan
Sentiasa Berada Dalam Lindungan Allah S.W.T.

Amin...

Sesungguhnya MA dan ABAH 
adalah sumber kekuatan dan inspirasi buat kami berdua...
WE LOVE U SO MUCHHHHHH...

- Ikhlas daripada 2 puterimu yang comel -


Bicara IMG:

|| IMPIAN DAN HARAPAN ||

Mengimpikan...
  • seseorang yang penyayang kepada isterinya seperti ABAH...
  • seseorang yang handsome seperti ABAH...
  • seseorang yang tegas seperti ABAH...

Mengharapkan...
  • dapat jadi wanita, isteri dan ibu yang solehah seperti MA...
  • dapat memiliki sifat sabar yang tinggi seperti MA...
  • dapat memiliki sikap yang suka bersederhana seperti MA...

~Semoga impian dan harapan menjadi kenyataan suatu hari nanti...Insya-Allah...


HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM