Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 February 2011

Binnabil Huda versi Melayu...

Alhamdulillah..akhirnya, siap pun full paper utk last conference bln 7 nnti..so, tunggu masa dikomen oleh supervisor je..

Mata x ngantuk la pulak..ermmm..nak buat apa nie..semalam xdpt nak pergi tgk Konsert UNIC kat UniSZA..huhuhu..x apa2..kena KORBANKAN SESUATU BUAT SEMENTARA DEMI KEJAYAANKU..


smbil2 dgr lagu UNIC (dgr lagu UNIC je..coz xdpt nak g konsert kan..dengar lagu pun jadi la..hehehe..), terjumpa 1 lagu UNIC versi melayu..lagu BINNABIL HUDA..best jgk bila versi melayu nie..so, blh faham & hayati baris2 lagu tu...



U.N.I.C
Sentiasa UNIK bersama UNIC


Jom kita dengar sama2..




BINNABIL HUDA

- UNIC -

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.


Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya


Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku


Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.


Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya


Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.


Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.


Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,


Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya




Bicara Hatiku: Ya Allah..ku mohon agar full paper + analisis kali ini diterima oleh supervisor n co-supervisorku..Amin..
Kau kuatkanlah semangatku utk berusaha..Jangan Kau patahkan semangatku Ya Allah...

17 February 2011

Analogi Sebatang Pokok...

Sambil rest pagi2 nie + cari idea nak buat fullpaper for next conference (yg nie last conference kot..hehehe..), sempat membelek2 majalah comel nie..
Justify Full
MAJALAH SOLUSI, ISU N0. 28 (2011)


Tertarik aku pada ruangan SUARA KAMPUS drpd Ummu Sakinah Hj. Muhammad (halaman 60-61) yg bertajuk:

Setelah Gelap,
Terbitlah Cerah



Bila habis baca semuanya, banyak ilmu yg diperolehi..KEYAKINAN ku bertambah2..coz pengisiannya byk menceritakan tentang UJIAN, DUGAAN, KESULITAN DAN KEGAGALAN yang telah menimpa diri kita..tak bermakna UJIAN yang menimpa kita itu satu MUSIBAH..tapi YAKINLAH DENGAN JANJI-JANJI ALLAH..

SESUNGGUHNYA SETIAP UJIAN YANG DATANG,
PASTI ADA JALAN KELUAR

KITA JANGAN MUDAH BERSANGKA BURUK TERHADAP ALLAH..
SESUNGGUHNYA HANYA DIA YANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBA-NYA..


Drpd Majalah Solusi, beberapa ayat yg aku rasa MENARIK dan MENJADI SEMANGAT BUATKU serta KAWAN2 (especially student2..dun't give up!!!)

Allah berfirman yang bermaksud:
"Maka sesungguhnya SESUDAH KESULITAN itu ADA KEMUDAHAN.
Sesungguhnya SESUDAH KESULITAN itu ADA KEMUDAHAN."
(sURAH al-Inshirah 94: 5-6)


Allah berfirman yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu MEMBENCI SESUATU, padahal ia AMAT BAIK bagimu
dan boleh jadi (pula) kamu MENYUKAI SESUATU, padahal ia AMAT BURUK bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah 2:216)


Ramai yang beranggapan bahawa UJIAN adalah bencana yang menimpa diri manusia.
Namun jarang sekali kita melihat UJIAN yang Allah berikan itu dari sudut yang berbeza.

UJIAN MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA MASA LALU YANG SEHARUSNYA MENJADI SESUATU YANG BERHARGA DAN ISTIMEWA. BAHKAN DARIPADA UJIAN INILAH KITA DAPAT MENGAMBIL BEBERAPA PELAJARAN PENTING DAN BERHARGA.


Perjalanan manusia menuju Allah itu seperti seekor burung.
Kepalanya adalah CINTA KEPADA ALLAH..
Dua sayapnya adalah PERASAAN KHUATIR DAN HARAPAN
..
Tanpa kepala burung akan mati.
Tanpa sayap, mustahil burung dapat terbang..."



Yang nie..sama2 kita renungkan:

gambar hiasan je...


ANALOGI SEBATANG POKOK...

Belajarlah daripada KESABARAN dan KETABAHAN sebatang pokok. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.


Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.


Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.


Mari kita jadi manusia yang TIDAK KALAH dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin, namun dagingnya tetap tawar.


Sumber: Majalah Solusi Isu No. 28 2011 (mukasurat:61)



Sesudah KESULITAN pasti ada KEMUDAHAN..
Bicara Hatiku: semoga diriku TABAH dan SABAR demi sebuah KEJAYAAN..)


15 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H...

Assalamualaikum..
Sempena Maulidur Rasul hari nie..nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT
MAULIDUR RASUL

1432H

sama2 lah kita semua berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".







Dia Muhammad
- Inteam -

Awwalul kalam dengan salam
Buat junjungan Khairal Anam
Dalam selawat yang disulam
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya






Dia Kekasih Allah
- Hijjaz -

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah






Pemergianmu
- Inteam -

(Ya Rasulullah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia akan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu





Rasulullah
- Hijjaz -

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



Bicara Hatiku: sayu bila dgr lagu-lagu nie..setiap baris sangat menyentuh..
Ya Rasulullah..sesungguhnya kami semua amat merinduimu..Nantikan daku di taman syurga..

14 February 2011

Manusia yang didoakan oleh Malaikat...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman
”Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.”
(Surah Al Anbiyaa’, ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
(hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
(Sahih Muslim no. 469)


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
(hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf.”
(hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
“Jika seorang imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” (Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata,
‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.’”
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab:
‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
(Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan..’”
(Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata,
‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.’”
(Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
(hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)


12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.”
(disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Amin...


Sumber:
Blog Imam Muda Azhar
http://khairulazharghazali.blogspot.com/2010/12/manusia-yang-didoakan-oleh-malaikat.html


Bicara Hatiku: akan ku teruskan perjuanganku utk siapkan ANALISIS DATA..then DAPAT SUBMIT THESIS..Insya-Allah..

10 February 2011

Jalan2..Cari Ilmu...

Bukan sebut betul2..tapi tengok betul2 post kali nie..

JALAN2..CARI ILMU..

bukannya

JALAN2 CARI MAKAN.. (hehehe..)


sambil jln2..terjumpa something..

MENARIK..
DAN
BANYAK TELADAN YG DAPAT DIPEROLEHI..

drpd blog seseorg nie...

BLOG IMAM MUDA AZHAR
http://khairulazharghazali.blogspot.com/


so, rasa nak share kat semua pengunjung blog
BICARA HATIKU..

PERKONGSIAN - JADIKAN TELADAN..

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..


Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu


Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~


Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah Nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......


~Buat Dosa Ni Memang Seronok.Beberapa Bulan Lalu,Di Indonesia Berlakunya Letupan Gunung Berapi.Lihat Sajalah Bagaimana Penduduknya Bertempiaran Lari Kerana Takut Akan Lava Panas Yang Keluar Daipada Gunung Berapi.Malahan Ada Jugak Yang Tak Sempat Nak Larikan Diri,Terkorban Dengan Kesan Yang Amat Menyayat Hati.Panas Lava Tak Sama Dengan Kepanasan Api Neraka.Sebagaimana Disebut Dalam Hadis,Panas Api Neraka Melebihi 70 Kali Ganda Kepanasan Dan Tahap Bakaran Api Di Dunia.Kepada Pasangan Yang Hangat Menyulam Cinta & Kasih Sayang Tanpa Ikatan Yang Sah,Jagalah Batas Anda!Ingat Larangan Allah.Semua Orang Buat Dosa.Gunakan Peluang Dan Ruang Yang Ada Untuk Sentiasa Memohon Taubat Daripada Allah Atas Kesalahan Yang Selalu Kita Lakukan.Jauhi Maksiat!Ingat!!No Couple Until Nikah.Salam Perubahan.


Sumber:

Blog Imam Muda Azhar

http://khairulazharghazali.blogspot.com/2011/01/perkongsianjadikan-teladan.html


Bicara Hatiku: Alhamdulillah..Atas segala nikmat yg Engkau bagi..Sesungguhnya aku terima apa yg telah tertulis buat diriku..

Sesungguhnya kita bukanlah PERANCANG SEGALA-GALANYA..
TETAPI
hanya merancang..
dan yang menentukan adalah
ALLAH S.W.T.

06 February 2011

Maher Zain - Malay version...

Assalamualaikum..Alhamdulillah..akhirnya dah settle pun analisis nie..entah kali ke brp dah..x apa la..janji diriku usaha..kalau silap tu..biasa la..coz bukan 100% kita tahu semua...btul x?

Dah 4 hari aku duduk kat rumah kakakku nie..tgk baby (xde nama lg dia)..rasa meriah plk dgn kehadiran baby nie..kakak dgn abang bukan main duk mengusik adik dia..sian dia kena buli..hehehe..nasib baik tak banyak ragam puteri ke-2 kakakku nie..so, semua org pun senang..aku pun sempat pegang baby..rasa kekok pun ada..coz kecil lagi kan..bimbang plk..yg penting dah dapat dukung dia..(to my lovely sis..jgn marah..)

Sambil rehat2 semalam..semntara continue analisis..anak sedaraku mintak pasangkan lagu Alhamdulillah..lagu Maher Zain (MZ)..fuhhhh...famous betul lagu MZ nie..smpai budak kecik pun boleh hafal..mana taknya..cikgu sekolah siap pasang lagu tu kat tadika..bagus la jgk..coz dari situ bdk2 dgn sendirinya minat lagu nasyid dan boleh speaking english.. ^_^

Yang peliknya..anak sedaraku tak suka lagu MZ yang Malay version..coz bila aku pasang lagu Insya-Allah yang Malay version tu..anak sedaraku yg excited nak nyanyi tiba2 suruh aku tukar..

Si comel: Tak nak la lagu tu..lagu english..

Ingatkan dia suka..rupa-rupanya tak pun..so, pasang la lagu MZ yg english version..


Nak share kat semua..lagu MZ-Malay version..aku jumpa 2 lagu MZ yg malay version..
1) Insya-Allah..
2) Open Your Eyes..
(boleh la kita semua tahu meaning dia.. ^_^)

Ok..jom layan..1st song..Insya-Allah by Maher Zain- Malay version..





Malay version: DENGAN IZIN ALLAH
English version: INSYA ALLAH
Lagu asal: Maher Zain

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah...Insya Allah...Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah...Insya Allah...Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar...
Jalan yang benar...
Jalan yang benar...

(Ulang korus)


Ok..2nd song..Bukalah matamu..(yg nie ada org record..apa2 pun..bestttt..)
Jom layan..






Malay version: BUKALAH MATAMU
English version: OPEN YOUR EYES
Lagu asal: Maher Zain

Di sekitarmu
Tidakkah kau menyaksikan
Terbentang nan luas
Awan yang berarak
Langit yang membiru
Aturan cakrawala
Mentari dan bulan
Harmoni sempurna
Tanyalah ke dalam diri
Tak cukup lagikah bukti
Butakah hati
Menolaknya ke tepi
Oh...

(Korus)
Kita perlu
Buka mata hati dan minda
Saksikan semua petanda
Tak mampu nafikannya
Terpaku tak terkata
Berikanlah kami petunjuk..Allah..
Ke arah jalan-Mu yang lurus..Allah..
Dekat dengan-Mu
Selama-lamanya

Dalam dirimu sungguh teraturnya
Tanpa kau sedari
Di aliran darahmu
Cinta, kasih dan rindu itu
Seluruh jiwa raga
Mampukah kau menggapainya
Bukankah ia nyata
Tanyalah ke dalam diri
Tak cukup lagikah bukti
Butakah hati
Menolaknya ke tepi
Oh...

(Ulang korus)


Lahirnya si kecil
Lemah tak bermaya
Kau lihatnya membesar
Kenapa kau buta
Di hadapan mata
Keajaiban yang nyata

(Ulang korus)




Bicara Hatiku: TAHNIAH buat kakakku sekeluarga..semoga kehadiran puteri ke-2 dapat memeriahkan suasana..dan semoga baby menjadi anak yg solehah dan sentiasa dilindungi-Nya..

02 February 2011

2211...Kehadiranmu...

Alhamdulillah..Syukur kami sekeluarga panjatkan ke hadrat-Nya..Itulah ucapan yg mampu diucapkan..

Mmg comel tarikh hari nie..2211..Kelahiran seorg puteri yg kami sekeluarga nantikan..terutama buat kakakku sekeluarga..yg nie puteri ke-2 ---> 2nd PRINCESS..

Buat kakakku tercinta:

TAHNIAH...
SEMOGA DENGAN KEHADIRAN PUTERI KE-2 NIE
MAKIN MURAH REZEKI & MERIAH KAT RUMAH..

Tak sabar rasanye nak jumpe si comel dan anak2 sedaraku..(x sangka dh 3 org anak sedara..cpt btul masa berlalu..hehehe..)

Ok la..post kali nie x panjang..x pendek..coz nak bersiap2..kjp lagi nak naik bas..nak g Shah Alam..to see my beloved sis..n also my cute baby..

Bicara Hatiku: semoga kami selamat sampai..

Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM