Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Sebelum ku melangkah bertemu denganmu...

Izinkan ku memohon maaf dari ibu bapa serta keluargaku,
sahabat-sahabat sama ada yang kenal mahupun yang kenal tapi tidak pernah bersua..

Atas segala kesalahan dan kekhilafan ku selama ini..


Andai ada sahabat-sahabat ku yang pernah terguris hatinya..

Sepanjang persahabatan dan..

Kerana keterlanjuran kata-kataku selama ini..

Maafkan ku..


Sesungguhnya diriku hanya insan biasa..

Yang tidak lari daripada melakukan kesilapan di bumi Allah ini..


Moga Ramadhan yang mulia ini memberi ganjaran kepada kita semua..

dan diampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan..

Amin..






Bicara Hatiku: Ya Allah..Kau berikanku kekuatan dalam menjalani ibadat puasa pada tahun ini..Agar diriku tidak mempersiakan kehadiran bulan yang mulia ini..

29 July 2011

Ku Rindu Bertemu Denganmu...

Makin hampir harinya
Makin hampir waktunya
Makin hampir saatnya
Rindu?? Suka?? Gembira?? Berdebar??
Macam2 perasaan ku rasa

Adakah ku bersedia bertemu dengannya??


Ya Allah
Andai tahun ini ditakdirkan
Jodohku bertemu dengannya
Kau panjangkan umurku

Sesungguhnya
Kedatangannya amat ku nantikan
Kerna ku rindu bertemu denganmu
Ya Ramadhan


>>> Luahan isi hatiku sempena Ramadhan <<<


#####################################


Jom kita dengarkan single terbaru Devotees
sempena menyambut Ramadhan...



Rindu Ramadhan

- Devotees -

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan

Keindahan yang tiada tara
Kemuliannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran
Ramadhan Ya Ramadhan





Bicara Hatiku: sama-samalah kita menanti dan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak dengan hati yang gembira kerna kita tidak tahu mungkinkah ini Ramadhan kita yang TERAKHIR..


26 July 2011

Hambamu - Mawi feat Akhil Hayy...

Penyanyi lagu Hambamu
- Akhil Hayy dan Mawi -






Semua gambar ini diambil daripada Facebook Imam Muda





Hambamu
- Mawi feat Akhil Hayy -


Owh ho..Owh ho…2x

Mawi:

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua):

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hambamu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi:

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy:

Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hambamu Allah

16 July 2011

Seminarku ke-6: UMTAS 2011...

Alhamdulillah..hari Isnin till Rabu lepas (11-13 Julai) telah berlangsungnya Seminar UMTAS (Universiti Malaysia Terengganu 10th International Annual Symposium)..Seminar tersebut bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu (nasib baik conference kali nie dekat je dgn rumah..hehehe..)

Sebelum post gmbr2 time seminar tu, nak cerita serba sedikit ttg UMTAS..Seminar UMTAS meliputi 5 conference lain iaitu:
1) International Conference on Computer Science
2) International Conference on Engineering Science
3) International Conference on Life Science
4) International Conference on Chemical and Physical Science
5) International Conference on Mathematics

Tarikh pembentanganku jatuh pada hari ke-2..means 1st day n last day tu jln2+makan2+tgk2 kwn present je..Kali nie, ramai pulak pakar2 (means lecturer) yang komen+bagi suggestion time aku present..Apa2 pun komen dan suggestion yg telah mereka berikan, aku anggap semua itu sebagai kritikan membina dan panduan utk aku lebih mendalami sesuatu kajian yg dijalankan..

Terima kasih & Thank you very much
kepada semua yang telah
memberi komen dan suggestion..

Kepada kawan2 ku yang telah present..

Tahniah buat semua pembentang..

dan tidak lupa kpd kawan2 yg sudi datang bagi sokongan...

Terima kasih coz sudi datang..
(Lain kali datang lagi..hehehe..)


Ok..jom kita tengok gambar pulak.. ^_^


:: Majlis Perasmian UMTAS 2011 ::

:: 1st day UMTAS 2011 ::


:: International Conference on Mathematics ::

:: International Conference on Engineering Sciences ::



:: International Conference on Chemical and Physical Science ::

:: Majlis Penutupan UMTAS 2011 ::

:: Bergambar bersama presenter2 UMTAS 2011 ::

:: Seminarku ke-6: UMTAS 2011 ::

:: Miss Intan at Intan Hall ::

Lepas nie ada 1 lagi conference..but at the same place..hehehe.. (If u know what the conference that I will attend, don't shy to come.. ^_^)


Pesanan buat semua dan juga diriku:

Hari nie 16 Julai 2011 bersamaan 14 Sya'aban...Oleh itu, pada malam nanti adalah Malam Nisfu Sya'aban..Jadi, sama-samalah kita lipat gandakan amal ibadat kita dgn membaca Yaasin dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.


04 July 2011

Tahniah Imam Muda Hassan...

Jumaat lepas berlangsungnya Imam Muda (IM) Musim 2 (Episod Akhir)..Tapi tak dapat nak tengok sbb siaran tu live @ astro OASIS..

ucapan:

TAHNIAH KEPADA IMAM MUDA HASSAN..
SEMOGA BELIAU MENJADI ROLE MODEL KEPADA
GENERASI MUDA MASA KINI..
INSYA-ALLAH..

nak tgk IM..tp tau kat mana..cari punya cari..akhirnya tgk Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim 2) di FB...Beliau telah mengambil alih FB..so, FB yg original beliau adalah:


Jom sama-sama "LIKE" page Imam Muda Hassan...


Kepada yang tak dapat nak tengok IM Jumaat lepas (termasuklah saya)..jom kita tengok..
























Tidak dilupakan juga ucapan

TAHNIAH KEPADA IMAM MUDA NAZARUL...


Hassan juara Imam Muda musim kedua


KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi.


Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.


Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.


Mohd Hassan ketika berucap mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu dan arwah ayahnya.


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas program Imam Muda,” katanya.


Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU.



Sumber: Berita Harian online - 2/7/2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HassanjuaraImamMudamusimkedua/Article


HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM