Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 March 2010

Good Luck !!!

Assalamualaikum...

Post kali nie aku nak ucapkan




kpd studentz UMT (especially studentz maths kewangan dan komputasi) yg akan menghadapi FINAL EXAM hari nie...



ALL THE BEST IN UR FINAL EXAM..

SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA..




Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

24 March 2010

Hawa...

Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu

Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu

Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan Ad-din Allah..


Hawa...

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu

Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman

maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan

takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..


Hawa...

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,

serta kemampuannya mengoncang iman lelaki

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya

dan yang penting pegangan agamanya..


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya

kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu

apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..


Oleh itu Hawa...

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu

Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu

Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu

Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..


Hawa...

Cintailah Allah di kala susah dan senang

kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..



p/s: Terima kasih kpd sahabatku yg sudi berkongsi renungan nie.. ;-)

21 March 2010

Sentuhanmu...

Sentuhanmu
- In-Team -


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah...
Tak pernah ku tanya
Ke mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah...
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna



12 March 2010

Adab Sampaikan Berita Buruk...

Apa sahaja perkhabaran buruk yang keluar daripada mulut si pemberitahu, sudah pasti ia akan membuatkan diri si penerima berasa sedih. Menyampaikan berita buruk kepada seseorang bukannya mudah. Silap cara penyampaian boleh mengguris perasaan mereka yang menerima perkhabaran tersebut.

Bagaimana caranya untuk menyampaikan berita buruk kepada seseorang? Mungkin cara di bawah ini boleh membantu kamu mengatasi rasa gusar ketika berhadapan dengan si penerima berita.

Pilih masa dan tempat yang sesuai di mana kamu bebas daripada sebarang gangguan ketika menyampaikan berita itu.

Mulakan bicara selembut yang mungkin. Walaupun berita yang bakal diberitahu itu agak serius, namun nada lembut kamu boleh menenangkan keadaan. Sebagai contoh, "Saya minta maaf kerana perlu memberitahu kamu bahawa..."

Minta maaf kepada si penerima berita kerana kamu yang perlu menyampaikan perkhabaran buruk tersebut. Ingatlah bahawa bukan kamu yang menyebabkan si penerima bersedih tetapi berita yang bakal disampaikan itulah puncanya.

Jika berita tersebut boleh membuatkan si penerima terkejut, kamu perlu bersedia dengan reaksi emosional mereka. Jika kamu rasa dia perlu melepaskan perasaan seperti menangis, biarkan sahaja. Setelah reda tangisan mereka, barulah sambung semula apa yang kamu ingin katakan.

Jika tragedi berlaku kepada orang yang kamu kenal, seeloknya beritahu perkhabaran tersebut seawal mungkin.

Jika kamu tidak mengenalinya dan sukar untuk menyampaikannya, sebaiknya carilah seseorang yang boleh menggantikan kamu bagi menyampaikan berita tersebut.

Jika kamu ingin mengucapkan takziah, ucaplah seringkas yang boleh. Contohnya, "Saya bersimpati dengan apa yang kamu hadapi, bersabarlah".

Jangan mengaitkan insiden lain dengan insiden yang sedang berlaku. Ini boleh membuatkan seseorang yang berada dalam situasi tersebut bertambah derita. Jangan menambah kesedihan mereka yang sedia ada!

Jangan masuk campur dalam masalah orang lain. Biarkan dia secara sukarela memberitahu apa yang perlu kamu tahu. Jangan paksa dia untuk memberitahu.

Andai rakan kamu menerima perkhabaran buruk, kamu boleh berkongsi kesedihannya. Juga, kamu boleh memberitahunya bahawa kamu berada di sisinya di kala dia memerlukan kamu.


(Sumber : Majalah Dara.com, Edisi 92, Feb '10)




06 March 2010

Satu Cinta...



Satu Cinta
- Star Five -



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah sgala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah sgala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku… Keimananku…


Engkau satu cinta
Yang slamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan

Kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini

Hanya pada-Mu

Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… slamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia




04 March 2010

Nasyid & Friends...

Alhamdulillah..akhirnya web nie kembali ceria seperti sedia kala..makin comel n cun plk web nie..hehe....
ermm..web apa nie?
Jom tgk..



...NASYID & FRIENDS...



Kepada yg belum join Nasyid & Friends..
Jom join.. (jgn malu2..)


Layari web nie..

http://www.nasyidfm.my



Semoga ukhuwah semakin erat
di kalangan pendengar2 dan DJ2 nasyidfm..


NASYIDFM..WADAH HIBURAN TERKINI...
NASYIDFM MEMANG BEST..



03 March 2010

Ya Allah...



Ya Allah
- Wali band -



Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku




02 March 2010

Kelebihan Memberi Salam...

Perkara pertama yang Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam (saw) sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah: "Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera (Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374, al-Baihaqi dalam al-Syu'ab no 8490).

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah, (Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699).


Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah:

1- Makruh memberi salam dengan ucapan "Alaikumus salam". Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, "Jangan kamu mengatakan alaikas salam". Dalam riwayat Abu Daud disebut, "Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati". (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2- Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: "Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali." (Riwayat al-Bukhari)


Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

1- Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

2- Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.

3- Individu (seorang yang memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

4- Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.

5- Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

6- Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

7- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

8- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

9- Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: "Wa'alaikum".

10- Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

11- Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

12- Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.



(Sumber: Majalah Dara.com, Edisi 92, Feb. '10)

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM