Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 January 2013

Ya Allah...Tenangkan Hatiku...


Makin nak dekat dengan tarikh viva, makin berdebar pulak...macam2 duk fikir...


"..kan internal tanya yang nie..."
"...kan external tanya yang nie..."
"...betul tak model aku buat nie..."
"...kena BOM benda pulak la nanti..."



Ya Allah...Kau tenangkan hatiku ini...
Lapangkan hatiku dan permudahkan urusan viva ku nanti...
Amin...

Bangun pagi2 tadi, terNIAT kat hati nak solat berjemaah Zohor dan Asar di SINI...Sedih jugak time Zohor tadi sebab tak sempat nak solat berjemaah...tapi hati nie nak jugak solat di masjid...Alhamdulillah...time Asar aku tak lepaskan peluang nak solat berjemaah...



ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

...hanya kepada-Mu ku memohon pertolongan...


Perkongsian bersama...


Bicara IMG:
rasa TENANG bila diriku berada di dalam rumahmu Ya Allah...

25 January 2013

Selawat Syifa' ...


SELAWAT SYIFA'
- UNIC -

Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad...
Penyembuh dan pengubat bagi hati...
Kesihatan tubuh badan dan kesembuhannya...
Cahaya bagi penglihatan dan sinarannya...
Dan sejahtera ke atas keluarga dan para sahabatnya...


24 January 2013

Kasih Padamu Ya Rasulullah...

12 RABIUL AWAL...

Hari ni tarikh lahir KEKASIH kita yang mulia iaitu Rasulullah SAW

Buat semua pengunjung dan sahabat-sahabat yang dikenali...




Sebagaimana Rasulullah ingat umatnya ketika menghadapi sakaratulmaut,
begitu juga kita sebagai umatnya...


Kami merinduimu Ya Rasulullah...

Sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW





Kasih Padamu (Rasulullah SAW)
- Hafiz Hamidun -

Rasulullah
Dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah
Dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan di lapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah
Dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah
Dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu
Mengalir air mataku...


Bicara IMG:
Rasulullah model yang sepatutnya kita contohi dan teladani...

20 January 2013

Cinta Kasih...


Tiap kali tengok Kembara Tabung Haji Travel Bersama Ustaz Don, ayahku mesti kata best la lagu nie...Rancangan nie aku tak miss 1 episod pun lagi...memang setia betul la...hehehe...sebabnya nak jawab kuiz lepas rancangan tu...dengan harapanku dapat hantar mak dan ayahku pergi umrah sama-sama dgn Ustaz Don...Amin...Insya-Allah...

Cari punya cari akhirnya jumpalah lagu promo nie...


Sesungguhnya Diriku Hamba Yang Tiada Punya Apa...
Kasihanilah Aku...
Cintailah Aku...
Dan Berikanlah Hidayah-Mu...


Bicara IMG:
tersentuh hati tiap kali dengar lagu nie...


04 January 2013

Solat Sunat Dhuha...

Salam Jumaat yang pertama di tahun 2013 ini kepada semua pengunjung...Di pagi Jumaat yang mulia nie, apa kata sama-sama kita ringankan anggota badan kita dengan melakukan solat sunat...moga2 Allah murahkan dan beri kita rezeki dari sudut yang tidak disangka-sangka...Kali nie nak kongsi dengan pengunjung berkenaan Solat Sunat Dhuha...


Solat Sunat Dhuha:
Solat di waktu pagi

Waktu Melakukannya:
Sesudah matahari terbit sehingga matahari di tengah-tengah langit (kira-kira jam 12 tengah hari)

Niat Solat Sunat Dhuha:



Rakaat Solat Sunat Dhuha:
Antara 2 rakaat hingga 8 rakaat
Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat

Cara Melakukan Solat Sunat Dhuha:
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat Dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut.

Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada 

RAKAAT PERTAMA,

BACA
SURAH AL-FATIHAH

dan

SURAH WASY-SYAMSI
atau
SURAH AL-KAFIRUN

Surah As-Syams


RAKAAT KEDUA,

BACA SURAH AL-FATIHAH

dan

SURAH AD-DHUHA
atau
SURAH AL-IKHLAS

Surah Ad-Dhuha


Setelah memberi salam, jangan lupa baca Doa Solat Dhuha,



Tips supaya senang nak ingat Doa Dhuha, dengarkan dan sama-sama kita hafal bersama UNIC




Makluman:
Perkongsian mengenai Solat Sunat Dhuha di atas ini diambil dan diringkaskan dalam bentuk pemahaman tuan empunya blog...Dan sumber-sumbernya adalah:

Sekiranya ada persoalan berkenaan solat sunat Dhuha ini, diharapkan dapat merujuk kepada yang lebih arif...


Bicara IMG:
banyak yang ku belajar selama seminggu nie...


01 January 2013

Asma Ul Husna 1: Allah

...Ahlan Wasahlan 2013...

Permulaan tahun 2013 ini saya nak kongsikan bersama-sama pengunjung blog mengenai Zikir Asma Ul Husna...sama-sama kita kumpul pahala di awal tahun ini..dan semoga memberi manfaat buat kita semua...Insya-Allah...


:: ASMA UL HUSNA 1 ::


ALLAH

(TIDAK ADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH)


1) Mulakan dengan Bismillah

Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah, hendaklah seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma ul Husna yang pertama iaitu Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Ini diikuti dengan bacaan selawat seperti berikut:

"Allah Yang Maha Agung berselawat ke atas Muhammad SAW. dan melindungi keluarganya di dunia dan di akhirat."

Setelah menyebut mana-mana Asma ul Husna, bacalah selawat ke atas Nabi sekali lagi dan selawat seharusnya dibaca sekurang-kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca Asma ul Husna

Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila kita terlupa untuk berselawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah yang terbaik ini.


2) Doa dimakbulkan

Baca Ya Allah 5000 kali 
setiap malam dengan penuh khusyuk.

Insya-Allah apa sahaja yang diinginkan atau dipinta akan dimakbulkan.


3) Menyembuhkan penyakit

Bagi orang yang sakit dan tidak merasa ada kesembuhan,
Baca Ya Allah 1100 kali
di antara waktu Asar dan Maghrib.

Selepas membacanya, pesakit perlu baca surah Al-Fatihah dan menghembus ke dalam air dan minum.
Insya-Allah dia akan merasa lega.


4) Menghilangkan rasa ragu-ragu

Baca Ya Allah 1000 kali 
sehari setiap hari.

Insya-Allah segala keraguan yang ada di hatinya seperti tentang iman akan hilang.


5) Mendapat maruah yang baik

Baca Ya Allah 66 kali 
selepas tiap-tiap sembahyang fardu selama 66 hari

Insya-Allah orang itu akan dihormati dan disukai orang.


6) Bertambah keimanan

Jika baca Ya Allah Ya Hayyu 1000 kali
setiap hari,

Insya-Allah iman dan keyakinannya terhadap Allah S.W.T. akan sentiasa bertambah.


7) Melawan kejahatan

Baca Ya Allah Ya Hayyu 100 kali
setiap Jumaat sebelum sembahyang Jumaat,

Insya-Allah akan menjadikan kehidupan seseorang itu mudah dan apa-apa yang dipinta akan diselesaikan oleh Allah S.W.T.


8) Menjauhi kesulitan

Baca Ya Allah 200 kali
selepas Jumaat,

Insya-Allah urusan dipermudahkan.


9) Beroleh keselamatan

Baca Ya Allah beberapa kali 
sehari,

Insya-Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan.



MAKLUMAN...ringkasan mengenai Asma ul Husna ini diambil dan bersumberkan:
[Sumber: Hassan Mia, Buku Zikir Asma Ul Husna - 99 Nama Allah]


Bicara IMG: 
semoga diriku semakin dekat dengan-Mu dan sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan...
sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri yang khilaf ini...


HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM