Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 August 2011

Dariku Untukmu...

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan terakhir 1432H buat semua pengunjung yang beragama Islam..

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengambil peluang memohon ampun dan maaf buat semua sahabat-sahabat (sama ada yang selalu jumpa/x pernah jumpa/ berkenalan di FB/ berkenalan di YM)

Andai saya ada:

terkasar bahasa,
terguris rasa,

terlepas kata-kata,

termoody tak semena-mena,
terlebih + terkurang di mana-mana

dan

segala hal yang sensitif kpd semua


Semoga kemaafan di AidilFitri ini dapat mengeratkan ukhuwah dan rasa cinta sesama kita hanya kerana Allah S.W.T.

Tahun nie tak sempat nak post kad raya banyak2..sebab hal yang tak dapat dielakkan...so, kpd semua pengunjung, terimalah KAD RAYA yang serba moden ini (sesuai la dgn post kali nie kan..hehehe..)

IKHLAS DAN ISTIMEWA BUAT ANDA SEMUA..

:: DARIKU UNTUKMU ::



:: Alhamdulillah ::

1) Alhamdulillah..akhirnya ketemu jugak baju raya yang sepadan dan sesuai utk tema tahun ini..nak tahu tema apa?? kena tengok post akan datang la.. ^_^


2) Alhamdulillah..selesai berbuka puasa beramai-ramai di Pizza-Hut.. (meriah la..sbb semua org makan Pizza..hehehe..)


3) Alhamdulillah..apa yang ku niatkan di bulan Ramadhan ini dapat dilaksanakan walaupun ada kekangan..



Bicara Hatiku: Ya Allah, Kau panjangkan umurku, kedua ibu-bapaku serta seluruh keluargaku..Agar kami semua dapat bertemu dgn bulan Ramadhan pada tahun hadapan..Insya-Allah...Kau terimalah segala ibadatku serta keluargaku sepanjang bulan Ramadhan ini..Amin Ya Rabb..

24 August 2011

Nur Kasih 2011...





Nur Kasih 2011
- Munif Hijjaz, Shuhaimi dan Hisyam -

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…


Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Link from http://shahislam.blogspot.com/

Jangan lupa dapatkan
Album Terbaru Inteam - Kembara Sedekad di http://www.inteammobile.com/shop/


19 August 2011

Amir - Ikhtibar Ramadhan...

Sama-sama kita dengar lagu pilihan Ramadhan dan hayati setiap liriknya...





Ikhtibar Ramadhan
- Amir -

Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah...entah di mana
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan

Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadanya

Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan


Bicara Hatiku: Alhamdulillah..Majlis berbuka puasa bersama anak yatim semalam berjalan dengan lancar..

03 August 2011

3 Ogos 2011 = 3 Ramadhan 1432H...


TARIKH ISTIMEWA



3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H



Bertuah sungguh dirimu


Kerana dikurniakan seorang LELAKI yang soleh


Kerana dikurniakan seorang LELAKI yang bertanggungjawab


Kerana dikurniakan seorang LELAKI yang sentiasa mengambilberat


Walau dirimu jauh dimatanya namun dekat dihatinya



Bertuah sungguh dirimu


Kerana bertemu dengan seorang LELAKI yang penyayang


Bukan sahaja penyayang kepadamu


Malah penyayang kepada seluruh ahli keluargamu


LELAKI tersebut telah ditakdirkan buatmu oleh Allah S.W.T



Kerana LELAKI tersebut merupakan CINTA PERTAMA dan TERAKHIRMU


Sesungguhnya amat bertuah dirimu


Kerana LELAKI tersebut merupakan JODOHMU


Yang bergelar SUAMI





Bertuah sungguh dirimu


Kerana dikurniakan seorang WANITA yang solehah


Kerana dikurniakan seorang WANITA yang patuh kepadamu


Kerana dikurniakan seorang WANITA yang sentiasa mengambilberat


Walau dirimu jauh dimatanya namun dekat dihatinya



Bertuah sungguh dirimu


Kerana bertemu dengan seorang WANITA yang penyayang


Bukan sahaja penyayang kepadamu


Malah penyayang kepada seluruh ahli keluargamu


WANITA tersebut telah ditakdirkan buatmu oleh Allah S.W.T



Kerana WANITA tersebut merupakan CINTA PERTAMA dan TERAKHIRMU


Sesungguhnya amat bertuah dirimu


Kerana WANITA tersebut merupakan JODOHMU


Yang bergelar ISTERI




BUAT INSAN TERISTIMEWA DIHATI ANAK-ANAKMU..


MA & ABAH TERCINTA..




SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN




SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA PANJANGKAN UMUR,


DIMURAHKAN REZEKI


DAN IKATAN CINTA TERUS BERKEKALAN KERANA-NYA..


AMIN..



HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM