Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 April 2010

7 Golongan Yang Diuji...

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya."
(Surah al-Mulk: 2)

Ayat ini merupakan salah satu daripada beberapa ayat Al-Quran yang membawa penegasan kepada kita bahawa dunia kehidupan yang sedang kita nikmati sekarang ini adalah sebenarnya pada masa yang sama adalah tempat kita sedang diuji oleh Allah.


Dalam ayat yang lain pula Allah S.W.T menegaskan bahawa dunia yang kita sedang nikmati sekarang ini walaupun menjangkau usia yang lama tetapi hakikatnya ia akan menerima kebinasaan satu hari nanti dan hanya yang kekal adalah Allah S.W.T sahaja seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Semua yang ada dibumi ini akan binasa dan yang akan tetap kekal adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."
(Surah ar-Rahman: 26-27)

Dalam ayat yang lain pula Allah S.W.T menegaskan bahawa kehidupan di akhirat adalah merupakan kesinambungan terhadap kehidupan dunia ini atau dalam erti kata lain bahawa hasil kehidupan di dunia akan diraih ketika kita menghadapi kehidupan hari akhirat seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah sekalipun nescaya dia akan melihatnya dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah sekalipun nescaya dia akan melihatnya."
(Surah al-Zalzalah: 7-8)

Oleh kerana alam dunia ini tidak kekal, maka segala kenikmatan ini, walaupun sehebat manapun ia masih sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat begitulah sebaliknya kesengsaraan di dunia ini walau sehebat manapun ia masih kecil jika dibandingkan dengan kesengsaraan di akhirat.

Bertitik tolak dari konsep di atas maka setiap kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk menanggung segala keperitan, kesusahan dan kepayahan dan kita mesti menghadapi segala ranjau dan rintangan semata-mata untuk tetap berada di atas landasan kehidupan yang diredhai Allah kerana jika kita berjaya dalam ujian ini maka kita dijanjikan dengan kenikmatan yang akan menjadikan kita lupa sama sekali dengan penderitaan yang kita alami sebelum ini tetapi yang lebih menakutkan kalau kita gagal dalam ujian ini maka kesengsaraan akhirat akan meluputkan sama sekali kecapan nikmat kita di dunia ini sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Akan didatangkan seorang yang telah mendapat nikmat terbanyak di dunia tetapi tergolong dari golongan ahli neraka pada hari kiamat, kemudian dicelupkan ia di dalam neraka seketika lalu ditanya kepadanya: "Wahai anak Adam pernahkah engkau merasa apa-apa nikmat atau kebaikan di dunia dahulu?" Ia pun menjawab: "Tidak pernah wahai Tuhanku." Akan didatangkan pula seseorang yang telah mendapat kesusahan yang terbanyak di dunia tetapi tergolong dari golongan ahli syurga pada hari kiamat, kemudian dicelupkan ia di dalam syurga seketika lalu ditanya kepadanya: "Wahai anak Adam pernahkah engkau merasa apa-apa kesengsaraan atau keburukan di dunia dahulu?" Ia pun menjawab: "Tidak pernah wahai Tuhanku." (H.R. Muslim)

Dalam satu hadith Rasulullah S.A.W., baginda menarik perhatian umatnya bahawa ada tujuh golongan manusia yang sentiasa diuji ketahanan daya juang mereka daripada terus menerus berada dalam landasan sebenar kehidupan sepertimana yang dikehendaki Allah S.W.T. Ganjaran yang amat lumayan dijanjikan kepada mereka sekiranya mereka mampu bertahan untuk mengekalkan ketaatan mereka sehingga akhir hayat iaitu mereka akan dilindungi oleh naungan Allah S.W.T pada suatu hari yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud:

"Pada hari kiamat matahari akan berada dekat dengan makhluk sehingga sekira-kira sebatu maka manusia pada ketika itu akan ditenggelami peluhnya berdasarkan kepada amalan masing-masing, ada yang sampai ke buku lalinya, ada sampai ke lututnya dan ada yang sampai ke pinggangnya dan ada yang tenggelam terus." (H.R. Muslim)

Persoalannya siapakah tujuh golongan berkenaan?

Ini diberi jawapan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud:
"Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnyaa sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya." (H.R. Bukhari)

Daripada hadith di atas tujuh golongan antara yang terbanyak diuji ketahanan daya juang mempertahankan komitmennya terhadap agama dalam kehidupannya itu ialah:


Golongan Pertama

1) Pemimpin

Setiap pemimpin mestilah sedar bahawa dirinya sedang diuji oleh Allah. Pandangan umum menyatakan apabila seseorang sudah mencapai tahap kepimpinan dia akan mengecapi segala kemudahan dan kenikmatan. Namun jika dirinya sendiri tidak dipimpin oleh pimpinan iman maka corak kepimpinannya yang tidak amanah, rasuah dan menggunakan apa sahaja cara untuk kekal memimpin akan memusnahkan dirinya sendiri. Mungkin dia akan merasa sedikit kenikmatan ketika menjadi pemimpin tetapi apabila kenikmatan yang sedikit itu dinikmati dengan cara yang salah maka kesengsaraan di akhirat akan melupuskan sama sekali kecapan nikmat di dunia dahulu.


Golongan Kedua

2) Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada
Allah S.W.T.



Seorang pemuda sentiasa diuji ketahanan imannya menghadapi cabaran zamannya. Segala kenikmatan boleh diraih dengan mudah kerana ia sudah berada di hadapan mata. Memang diakui bahawa amat payah untuk seseorang pemuda komited dengan landasan hidup beragama kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh.


Golongan Ketiga

3) Seorang lelaki yang hatinya sudah terpaut dengan masjid.


Manusia boleh menikmati kenikmatan sementara apabila ia berada di bangunan-bangunan lain selain dari masjid seperti panggung, wayang, pusat-pusat membeli belah, pusat-pusat permainan video dan lain-lain tempat. Tetapi pakej kenikmatan yang ditawarkan oleh masjid adalah lebih kekal dan menarik.


Golongan Keempat

4) Dua orang lelaki yang membina persahabatannya kerana Allah S.W.T.

Kebanyakan orang merasakan kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan tertentu. Oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung di sebaliknya ada kepentingan lain, sahabat yang terus bergelumang dengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja. Ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan di sebabkan kepentingan dirinya telah diraih setelah memerahnya dari sahabatnya. Persahabatan kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah S.W.T.


Golongan Kelima

5) Seorang lelaki yang berjaya mempertahankan imannya walaupun ia digoda oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupa paras muka yang menawan.

Andainya lelaki berkenaan menuruti kehendak wanita berkenaan, maka ia akan mengecapi nikmat tetapi hanya seketika sahaja berbanding ia akan menghadapi balasan getir dari Allah S.W.T di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita terselamat dari bentuk godaan seperti ini.


Golongan Keenam

6) Seorang lelaki yang menyembunyikan sedekah jariahnya sehingga ia tidak diketahui oleh orang lain.

Adakalanya manusia yang tipis imannya cuba meraih kemasyhuran dengan berderma dan merasa amat selesa jika dermanya itu berhasil dengan dirinya digelar dermawan oleh masyarakat. Maka ia merasa itu satu nikmat tetapi hakikatnya ia adalah nikmat sementara kerana ia bakal menghadapi sengsara yang berkekalan di akhirat nanti.


Golongan Ketujuh

7) Seorang lelaki yang bersendirian bermunajat kepada Allah S.W.T lalu mengalirkan air matanya penuh penyesalan dan akur kekerdilannya di hadapan Allah S.W.T.



Amat sukar untuk mencari individu seperti orang berkenaan disebabkan selalunya apabila seseorang itu bersendirian maka serta merta ia akan dikunjungi dengan fikiran-fikiran yang buruk, hasad dengkinya akan mula meluap semula, balas dendamnya akan berputik semula, fikirannya akan menjelajah ke daerah-daerah yang diharamkan oleh Allah S.W.T dan sebagainya.

Bagi seseorang mukmin hubungannya yang rapat dengan Allah S.W.T akan membawa kenikmatan yang hakiki baginya. Mudah-mudahan Allah S.W.T akan kekalkan kita dalam perjuangan bagi menegakkan dan mengekalkan keimanan dalam diri, keluarga dan masyarakat serta kita diberi kesedaran bahawa kita sedang diuji iman kita semua. Mudah-mudahan kita semua diberkati dan dipelihara Yang Maha Esa.


Amin...

22 April 2010

Kejayaan...

Mggu nie dh ramai student2 blk kg..dh abis exam kan..sunyi sepi kat kampus nie..tp ada jgk kwn2 ku yg tgh exam.. kpd yg tgh exam dan yg akan exam..

SEMOGA KALIAN TABAH MENGHADAPI EXAM DGN JAYANYA..
DUN'T TENSION2..

GOOD LUCK AND DO THE BEST..



Hidup memerlukan pengorbanan
Pengorbanan memerlukan perjuangan

Perjuangan memerlukan ketabahan

Ketabahan memerlukan keyakinan

Keyakinan pula menentukan kejayaan

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan



Pagi nie aku ada dgr 1 lagu kat NasyidFM..best jgk lagu nie..nk share dgn smua..jom dgr dan hayati liriknya..

T4
(Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir)
- Tashiru -

Ayunkan langkah kaki
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hari dengan penuh keyakinan

Karena masa depan penuh dengan rintangan
Halangan dan cobaan yang selalu menghadang

Tapi itu semua hanyalah ujian yang harus kita arungi
Untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan Tuhan
Dengan tak lupa sebut nama-Nya

Reff:
Bertasbihlah lalu bertahmidlah
Lalu bertahlillah lalu bertakbir
Memahabesarkan asma-Nya

Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar



16 April 2010

Nur Muhammad...

Assalamualaikum..Alhamdulillah..Lamanye x update blog nie..sunyi sepi tanpa cerita n info..kpd kwn2 dan pengunjung yang sudi jenguk kat blog ni, di ucapkan TERIMA KASIH DAN SINGGAH2 LA SELALU..hehe.. :D

Byk cerita nak post nie..(coz lama mem'bz'kan diri)..tp aku ambik latest story..
Jumaat lps (9/4/2010)..Kump nasyid INTEAM buat promosi album terbaru iaitu Nur Muhammad di Giant, Terengganu..pukul 2.30 ptg dh bertolak dr umah..semngat btul aku nie..hehe..

Sedih jgk coz xdpt nak g time INTEAM buat show kat MRSM Kuala Terengganu (ada keje yg perlu dselesaikan)..tp dpt jumpe INTEAM ptg tu pun dh berbaloi coz dpt album yg original drpd akhi2 INTEAM.. ;-)


Post dr Akhi-akhi Inteam (Rahim, Syahril, Hazamin)
:: Syukran byk2 Akhi ::



Sesi bertemu peminat



Jangan lupa dptkan album Nur Muhammad

Album Nur Muhammad nie terdiri drpd 13 buah lagu:

1) Nur Muhammad
2) Qasidah 1
3) Salamun Salam 2
4) Binnabil Huda
5) Medley Selawat
6) Qasidah 2
7) Tholama
8) Selawat Kasih
9) Rabiul Awwal
10) Qasidah 3
11) Balada Selawat
12) Salam Junjungan
13) Selawat Syifa'


Poster Nur Muhammad

Dengarkan salah satu lagu dlm album Nur Muhammad...Binnabil Huda (UNIQUE)...




DENGAR2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL..

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM