Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 July 2009

First time pergi Pulau Kapas...

Just nak share dgn kwn2..Minggu lps, aku g Pulau Kapas dgn kwn (kak rashidah)..Teman dia collect data utk master..Pagi tu, kami bertolak dr jeti kat Marang kul 9.30..Nak g sana, kena la bayar tambang dulu..tambangnye x la mahal sgt..RM35 (pergi balik- 1 hari)..Aku n kak rashidah x bermalam kat sana..
Dlm setengah jam kami sampai kat Pulau Kapas..Wah..cantiknya..first time aku sampai sini..biasa la..org trg, tp x pernah pun dtg kat pulau kapas nie..hehehe..Sampai je kat sana, kami pun start tugas..beri questionare kat pelancong2 pulau kapas..kebanyakannya mat salleh la..ada dr perancis, jerman, australia, denmark, afrika, india.. Alhamdulillah..ramai jgk yg sudi isi questionare tu..Sambil2 jln cari pelancong, sempat la kami ambil gambar..nak buat kenangan..n also share kpd smua permandangan pulau kapas sepanjang kami kat sana...


Permandangan dari Pulau Kapas...

Ni gambar Pulau Kapas dr atas bot...

Selamat tinggal Pulau Kapas...

23 July 2009

Bulan Syaaban...



PENDAHULUAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat, sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.".

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin).

  • Bertaubat. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu".

PERISTIWA PENTING

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.


2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.


3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


Sumber http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm

21 July 2009

Perkara Yang Patut Diamalkan...

Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih".

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minimum 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, fikiran akan menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati, ia juga dapat menenangkan jiwa. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari. Kemaafan yang dipohon mestilah dengan hati yang ikhlas.

Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, mengutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri dan katakan lah "Aku sebenarnya... (perkara yang elok-elok belaka).

Muhasabah diri. Paling baik dilakukan ialah pada waktu malam sebelum tidur. Senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya Allah bersihkanlah fikiranku, hatiku kerana esok aku ingin menjadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

Berpuasa. Kerana puasa dapat menghindar diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Ingat kematian (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang lain makan.

Jaga makanan. Jangan makan makanan yang tidak halal atau tidak diketahui sumbernya.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pancaindera iaitu mata, telinga, mulut dan sebagainya. Selain itu, jangan mengumpat kerana ia boleh menimbulkan fitnah.


Sumber Majalah Dara.com Edisi 45-Mac 06

18 July 2009

Majlis Konvokesyen ke 7 UMT...

15/7/09..tarikh yg akan aku ingat..Syukur alhamdulillah..akhirnya aku berjaya mengenggam segulung ijazah yg aku idamkan selama 23thn..dan merupakan hadiah bermakna buat mak n ayahku yg byk memberi sokongan sepanjang 3thn aku di umt.. Time nie ramai kwn2 yg aku jumpa..rindu sgt2 kat mereka..ada yg dah kerja, further study..yg bertunang pun ada..Sesi konvo aku bermula sebelah ptg..Pukul 12 aku dah dtg dgn parents coz nak ambil gmbr studio..Sambil2 tu sempat la bergambar dgn kwn2...




Kenangan bersama mereka takkan ku lupakan...

...MISS U ALL...


Konsert UNIC...


Baru2 nie (13/7) sempena konvokesyen UMT ke 7, kump UNIC dtg utk konsert..(sukanya coz thn nie jgk aku konvo..dpt tgk konsert unic)...Pukul 8 mlm aku n parents dah dtg..nak tgk unic secara live..Lagu2 yg disampaikan pd mlm tu mmg best..termasuklah lagu dlm album terbaru (langkah tercipta)- bicara ttg cinta.. 

Lepas habis persembahan unic tu, aku terus ke gerai unic..nak beli cd unic yg original..sempat jgk jumpa dgn ahli2 kump unic (alan, fitri, fadzli n fakhrul)...xberbaloi la kalau xdpt autograf dr mereka..hehehe...(Terima kasih kpd smua coz sudi autograf).... 

Harap2 thn dpn unic dpt dtg lg buat show kat UMT nie...


11 July 2009

Ambil Masa...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan...

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati...

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti...

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...



Sumber Majalah Nur, Bil. 81 Julai 2009

10 July 2009

5 Perkara...

5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN!

Dari Hatim Al-Asom: "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat", maka ia termasuk sunnah Rasulullah S.A.W.

1- Memberi makan tetamu, apabila mereka datang berkunjung.

2- Menyiapkan perkuburan mayat apabila telah meninggal dunia.

3- Mengahwinkan anak perempuan, apabila sudah cukup umur.

4- Membayar hutang, apabila telah sampai masanya.

5- Bertaubat daripada dosa yang telah dilakukan.



5 PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI

1- Sembahlah Allah S.W.T sebanyak keperluanmu kepada-Nya.

2- Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu di dalamnya.

3- Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azab-Nya.

4- Persiapkanlah bekal di dunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.

5- Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.



HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri: "Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara:

1- Panjang angan-angan

2- Sentiasa tamak

3- Sangat kedekut

4- Berkurang waraknya

5- Lupa kepada akhirat



Sumber Majalah Dara.com, Edisi 44-Feb 06

06 July 2009

Kembali ke kampus...

Dah seminggu tak post apa2 kat blog nie..macam kosong je cerita bulan nie...Sebenarnya banyak cerita nak kongsi.Tapi nak buat mcmn..time nak post ada kerja yang mustahak..so perlulah selesaikan yang tu dulu..Ok, aku start dgn cerita smlm la (sepatutnya post smlm..hehehe..)...Tapi, tak apa la, aku combine cerita smlm dgn hari nie..

Seawal 8 pagi aku tiba di kampus (wah...mcm aku pulak nak register sem baru)..Biasa la, nak tgk suasana budak2 lama register..Mmg sibuk la kat foyer fst nie..Sibuk + Meriah..Dah lama x meriah mcm nie..hehehe..Tp, semuanya ok je..coz aku tgk ada kaunter yg disediakan bagi setiap program kat foyer fst..so, student2 x perlu la bersesak2 nak masuk pejabat am tu..

Aku tengok gelagat mereka nie skjp je la..coz ada keje nak disiapkan..xkan nak jd wartawan pulak...hahaha...Bila time tghri (coz aku balik rumah), sempat la tgk kat kafe fst nie...wow!!!ramainye..penuh meja..mostly student baru la yg makan kat situ..coz diaorg x tahu nak mkn kat mana lg..kaya la mak cik kafe nie...hehehe..

Ok..abis cerita smlm...Yg hari nie, time aku dtg kampus (biasa la masuk pjbt kul 8 kan)..lagi ramai dr smlm...penuh student2 kat fst..masa aku nak naik tangga, ada la seorg student nie (rasanya student baru), dia tny aku bilik kuliah MSB..so, aku brthu la dia kat arah sana..ingatkan dia seorg je yg lewat gi kuliah..then dia panggil la geng2 dia..ya ampun..ramai pulak budak2 nie yg x tahu bilik kuliah..tp, tengok student2 baru nie mcm relax je..kalu x tahu bilik kuliah, duk rehat2 kat foyer nie..teringat plk time mula2 masuk u dulu..mmg la aku x knl sgt umt nie (walaupun kat ngri sendiri)..tp first day tu mmg letih la coz time tu hari ronda2 cari bilik kuliah je..hehehe..biasa la first day, lecturer x start lg kuliah..aku n kwn2 ada la tny kat senior2 bilik kuliah..yg sorang tu kata kat bangunan kat klinik..yg sorang lg kata kat pintu pagar belakang..mana 1 la nak ikut..ronda punya ronda..tgk2 dua tempat tu bukan..adeh..dah la penat (mcm berjalan kaki utk negara pulak)..last skali aku n kwn2 cari la sendiri...mmg jumpa la..hehehe..

ok la...aku nak balik nie...ada masa, aku post lg cite best kat umt nie...
n nak ucap kat student2 baru n lama umt... "STUDY MOLEK2..."



Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM