Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 October 2011

Doa Dhuha...

Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua..semoga kita semua sentiasa berada dlm lindungan Allah S.W.T.

Post kali nie nak share kpd semua ttg Doa Dhuha..yg akan disampaikan oleh Akhi Bazli Hazwan dari UNIC..

Sama-sama kita dengarkan..Moga kita dapat amalkannya dan memberi manfaat kepada semua..

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
"Sampaikanlah dari ku walupun hanya satu ayat"
-Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi




Bazli UNIC
- Doa Dhuha -

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


Bicara Hatiku: semoga diriku tenang dan sabar menanti...

04 October 2011

Last Conference with More Questions...


Alhamdulillah..dah selesai pun my last conference di Hotel Permai Inn, Trg.. ^_^


Terima kasih byk2 to my lovely mom
coz temankan ku selama 2 hari di conference..

Ingatkan last conference ku ini yg x berapa kena-mengena dgn Master Matematik, tak ada la org tanya...Tapi bila habis je slide, terus ada org angkat tangan...Bukan seorang dua..tadi ada 5 orang yang nak tanya..Orang yg ke-5, x sempat nak tanya coz dah terlebih masa tadi...(next time i will come back at conference..hehehe..)

Jom, start calculation.. ^_^
1 orang = 2 soalan
4 orang = 8 soalan

("BEST FRIEND" budak MATHS adalah NOMBOR..hehehe..)

Fuhhhhh...memang pecah rekod ni..5 conference ku sebelum ni, tak ada pulak nak tanya..naik lenguh jugak nak menjawab tadi....International conference la katakan....tahu2 je la....bukan in Malay...English "tip top"..hahaha...rasa macam tengah lecture statistik pulak tadi..hehehe...

It's OK..
Sharing is Caring..

So, kepada sesiapa berminat nak buat research yg melibatkan kaedah statistik,
janganlah segan-segan..(promote sekejap..)


JOM KITA BUAT KAJIAN SAMA-SAMA
(LET'S DOING RESEARCH TOGETHER)


Bicara Hatiku: Insya-Allah, panjang umur..ada masa..jumpa di conference akan datang... ^_^

01 October 2011

Tahniah Buat Sahabatku...


Alhamdulillah..selesai t/hari tadi..Upacara penyampaian hadiah kpd sahabat2 ku yg telah berkonvo pada tahun ini..

...TAHNIAH SEMUA...
(Tumpang gembira sekali..)

Hari nie merupakan Majlis Konvokesyen Ke-9 Universiti Malaysia Terengganu..Majlis tersebut akan berlangsung selama 2 hari iaitu sehingga esok (2/10/2011)..Time konvo tadi, ramai sahabat dan ex-studentku yg bergraduat..Tapi tahun nie bukan turn aku lagi..huhuhu..

Tak apa lah..kasi "senior-seniorku" konvo dulu tahun nie..hehehe....then tahun depan, Insya-Allah kalau tiada apa2 masalah/rintangan, aku pun bakal naik pentas Dewan Sultan Mizan buat kali ke-2...

Ok la..post kali nie simple je..just nak wish sahabat2 ku..coz u are MY FRIENDS...
Jap2..lupa pulak nak sebut nama sahabat2=senior2 ku yg telah konvo hari nie: ^_^

1) Ummu 'Atiqah

2) Amirah

3) Nur Hakimah

4) Binyamin

5) Sunadia

6) Mohd Sallehuddin

7) Ten Wei Peng

8) Mohd Al-Addreen


...TAHNIAH & CONGRATES...


p/s: jangan lupa dtg konvo saya pulak..hehehe.. ^_^

28 September 2011

Jom Tengok Konsert UNIC...

Assalamualaikum kpd semua..Semoga kita semua sentiasa berada dlm lindungan-Nya..

Makin hari, makin sibuk pulak..sibuk dgn kelas + mark paper...sampai tak sempat nak post apa2..ada benda nak share cerita..bukan gosip yer..hehehe..Seperti sedia maklum post sebelum ini, pendaftaran pelajar baru ke institut pengajian tinggi (IPT) telah berlangsung pada awal bulan 9 (formal semacam la pulak ayat nie)...so, suasana kampus pun tiba2 bertukar (mcm shock culture pulak)...........biasanya kalau pukul 9 pagi, tak ada la penuh + sesak parking kereta..tapi..tahun nie (tahun2 sebelum nie pun sama la jugak) kat UMT, mmg penuh la..nak kata kat mana org x parking...semua "main" parking je..kalau boleh sampai kat depan muka pintu..buka pintu ---- terus masuk kelas..hahaha..


bab parking dah habis yer..x nak cerita la panjang2..coz ada cerita di sebaliknya (cerita yg MEMANG TAK BEST)..

next story...


Musim konvokesyen dah bermula....(tapi aku tak konvo lagi tahun nie..huhuhu..)

Tapi aku tumpang gembira tgk kwn2 yg telah konvo dan akan konvo..x kira la dpt degree ke..master ke..PhD ke..

TAHNIAH BUAT SEMUA...
CONGRATES...
Teringat time konvo degree dulu..rindu kat kwn2...tapi yg BEST + GEMBIRANYA sebab malam sebelum aku konvo ada KONSERT UNIC..

Jom tengok gmbr KENANGAN DULU ---- KONSERT UNIC DI UMT (2009)..


UNIC @ Konvo UMT ke-7, 2009
Tahun nie, UNIC kembali lagi ke UMT..Sempena KONVO UMT KALI KE-9...BESTNYEEEEE...

Jommmmmmm.....kita tengok Konsert UNIC.......

di UMT......29/9/2011....Hari Khamis...Jam 8.30 malam...

JANGAN LUPA!!!


10 September 2011

Hebahan 1: Konsert Jelajah Satu Malaysia Bersama Destiny...

Anda semua kenal kumpulan nasyid Destiny? Kpd sesiapa yg belum mengenali kumpulan berkenaan, saya share serba sedikit mengenai kumpulan nasyid berkenaan.. (mcm promoter plk..hehehe..)


Sumber:
http://fenomenasyid.blogspot.com/2009/10/album-terbaru-destiny-dan-biodata-ahli.html


Destiny merupakan sebuah kumpulan Nasyid Moden yang dianggotai oleh sekumpulan remaja yang optimis dengan kemampuan hiburan yang mendidik jiwa dan menenagkan fikiran. Tampil dengan Album sulung di bawah edaran Wisdom Mind Sdn. Bhd, Destiny sedang merencanakan program-program yang akan menemui peminat semua.



Kumpulan ini diberi nama


DESTINY - Takdir

D = Destinasi E = Emosi S = Spritual T = Tekun I = Insaniah N = Nurani Y = Yakin



:: Profile ahli kumpulan Destiny ::
Yusof bin Yahya
B.74 Felda Raya Jengka 14, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (Bahasa Melayu))
23 tahun



Tahun ini, kumpulan nasyid Destiny akan mengadakan Konsert Jelajah Satu Malaysia bermula hari ini (10 September 2011)..

Untuk info terkini kumpulan berkenaan, bolehlah lawati FB
Destiny Nasyeed...


Bagi Hebahan 1 ini, beberapa lokasi telah di post oleh ahli kumpulan di FB..


10 September 2011
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
-

10 September 2011
- Tapah, Perak
-

16 September 2011
- UiTM, Kuala Lumpur
-

17 September 2011
- KISAS Selangor
-

25 September 2011
- UKM Bangi
-


Tempat lain tak pergi ke????????


TUNGGUUUUUUUUUU.....


Nantikan kemunculan Kumpulan Destiny di tempat anda..



07 September 2011

Registration for Postgraduate 2011/2012...

:: 7 September 2011 ::

Ucapan

TAHNIAH

buat sahabat2 yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master mahupun PhD..

Hari nie dah start registration for postgraduate student di Universiti Malaysia Terengganu..Bermula 7/9/2011 sehingga 20/9/2011..kiranya 2 minggu GS bagi masa untuk student2 yang baru & lama register..

(Gambar ini hakcipta terpelihara SISMAT UMT)


Alhamdulillah..sem nie register jgk..tp bukan as student la..just utk tunggu VIVA (kiranya half la byr yuran nnti..hehehe)..

Post kali ini, bukan sahaja ucapan TAHNIAH buat student2 + kawan2 yang register di UMT..tapi di semua tempat..tak kisah la IPTA ke IPTS..mana2 tempat sama sahaja..asalkan niat kita MENUNTUT ILMU..

TAHNIAH BUAT SEMUA..
AKHIRNYA ANDA SAMPAI KE TAHAP INI..

ALHAMDULILLAH..


Bicara Hatiku: walaupun kita dah berjaya, jangan kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

05 September 2011

Selesai Setakat Ini...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah..

Hanya itu yang mampu ku ucapkan setelah segala usaha + penat lelahku selama ini berhasil..dan inilah hasilnya (yang selamat ku hantar jam 12.41 t/hari tadi)..

Semoga "dirimu" selamat sampai..


Sebenarnya banyak rintangan+pengorbanan yang perlu aku harungi untuk sampai ke tahap ini..Ada masanya sampai aku hilang semangat nak siapkan tesis ini..tapi berkat galakan mak ayah yg merupakan SUMBER INSPIRASI dan HARAPAN, akhirnya dapat aku siapkan..Memang benarlah apa yang selalu org kata...

Nak capai sesuatu KEJAYAAN perlu sedikit PENGORBANAN..


So, bermula sekarang kena prepare utk hari penting..hari yang amat ditunggu oleh semua student ..demi segulung Master mahupun PhD iaitu ----------------------------- VIVA..

Doakan semoga dipermudahkan dalam menghadapi VIVA nanti dan beroleh MSc. Mathematics (Statistics)..


Bicara Hatiku: Terima kasih kpd semua sahabat2 yang telah byk membantu sehingga siapnya tesis ini..Semoga Allah membalas jasa kalian..U all my best friends... ^_^


28 August 2011

Dariku Untukmu...

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan terakhir 1432H buat semua pengunjung yang beragama Islam..

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengambil peluang memohon ampun dan maaf buat semua sahabat-sahabat (sama ada yang selalu jumpa/x pernah jumpa/ berkenalan di FB/ berkenalan di YM)

Andai saya ada:

terkasar bahasa,
terguris rasa,

terlepas kata-kata,

termoody tak semena-mena,
terlebih + terkurang di mana-mana

dan

segala hal yang sensitif kpd semua


Semoga kemaafan di AidilFitri ini dapat mengeratkan ukhuwah dan rasa cinta sesama kita hanya kerana Allah S.W.T.

Tahun nie tak sempat nak post kad raya banyak2..sebab hal yang tak dapat dielakkan...so, kpd semua pengunjung, terimalah KAD RAYA yang serba moden ini (sesuai la dgn post kali nie kan..hehehe..)

IKHLAS DAN ISTIMEWA BUAT ANDA SEMUA..

:: DARIKU UNTUKMU ::



:: Alhamdulillah ::

1) Alhamdulillah..akhirnya ketemu jugak baju raya yang sepadan dan sesuai utk tema tahun ini..nak tahu tema apa?? kena tengok post akan datang la.. ^_^


2) Alhamdulillah..selesai berbuka puasa beramai-ramai di Pizza-Hut.. (meriah la..sbb semua org makan Pizza..hehehe..)


3) Alhamdulillah..apa yang ku niatkan di bulan Ramadhan ini dapat dilaksanakan walaupun ada kekangan..



Bicara Hatiku: Ya Allah, Kau panjangkan umurku, kedua ibu-bapaku serta seluruh keluargaku..Agar kami semua dapat bertemu dgn bulan Ramadhan pada tahun hadapan..Insya-Allah...Kau terimalah segala ibadatku serta keluargaku sepanjang bulan Ramadhan ini..Amin Ya Rabb..

24 August 2011

Nur Kasih 2011...





Nur Kasih 2011
- Munif Hijjaz, Shuhaimi dan Hisyam -

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…


Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Link from http://shahislam.blogspot.com/

Jangan lupa dapatkan
Album Terbaru Inteam - Kembara Sedekad di http://www.inteammobile.com/shop/


19 August 2011

Amir - Ikhtibar Ramadhan...

Sama-sama kita dengar lagu pilihan Ramadhan dan hayati setiap liriknya...





Ikhtibar Ramadhan
- Amir -

Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah...entah di mana
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan

Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadanya

Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan


Bicara Hatiku: Alhamdulillah..Majlis berbuka puasa bersama anak yatim semalam berjalan dengan lancar..

03 August 2011

3 Ogos 2011 = 3 Ramadhan 1432H...


TARIKH ISTIMEWA



3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H



Bertuah sungguh dirimu


Kerana dikurniakan seorang LELAKI yang soleh


Kerana dikurniakan seorang LELAKI yang bertanggungjawab


Kerana dikurniakan seorang LELAKI yang sentiasa mengambilberat


Walau dirimu jauh dimatanya namun dekat dihatinya



Bertuah sungguh dirimu


Kerana bertemu dengan seorang LELAKI yang penyayang


Bukan sahaja penyayang kepadamu


Malah penyayang kepada seluruh ahli keluargamu


LELAKI tersebut telah ditakdirkan buatmu oleh Allah S.W.T



Kerana LELAKI tersebut merupakan CINTA PERTAMA dan TERAKHIRMU


Sesungguhnya amat bertuah dirimu


Kerana LELAKI tersebut merupakan JODOHMU


Yang bergelar SUAMI





Bertuah sungguh dirimu


Kerana dikurniakan seorang WANITA yang solehah


Kerana dikurniakan seorang WANITA yang patuh kepadamu


Kerana dikurniakan seorang WANITA yang sentiasa mengambilberat


Walau dirimu jauh dimatanya namun dekat dihatinya



Bertuah sungguh dirimu


Kerana bertemu dengan seorang WANITA yang penyayang


Bukan sahaja penyayang kepadamu


Malah penyayang kepada seluruh ahli keluargamu


WANITA tersebut telah ditakdirkan buatmu oleh Allah S.W.T



Kerana WANITA tersebut merupakan CINTA PERTAMA dan TERAKHIRMU


Sesungguhnya amat bertuah dirimu


Kerana WANITA tersebut merupakan JODOHMU


Yang bergelar ISTERI




BUAT INSAN TERISTIMEWA DIHATI ANAK-ANAKMU..


MA & ABAH TERCINTA..




SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN




SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA PANJANGKAN UMUR,


DIMURAHKAN REZEKI


DAN IKATAN CINTA TERUS BERKEKALAN KERANA-NYA..


AMIN..



HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM