Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 June 2010

Rejab Penuh Rahmat Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...


Rejab bulan menabur benih,

Syaaban bulan menyiram tanaman,

Ramadan bulan menuai.


Rejab menyucikan badannya,

Syaaban menyucikan hatinya,

Ramadan menyucikan rohnya.


Rejab bulan keampunan,

Syaaban bulan syafaat,

Ramadan bulan menggandakan

kebajikan dan amalan.


Rejab bulan taubat,

Syaaban bulan muhibah,

Ramadan bulan diliputi pahala

yang banyak.


Rejab diganda 70 pahala,

Syaaban diganda 700 pahala,

Ramadan diganda 1000 pahala.

(Pujangga Arab Mengenai Kelebihan Bulan Rejab)




REJAB datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran.


Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud’un (pemurah) dan Birr’un (kebajikan).


Pada bulan ini, Allah dengan segala sifat kebesaran dan kemuliaanNya mencurahkan rahmat kepada hambaNya yang memohon keampunan dan mengharapkan keredhaanNya dengan tulus ikhlas.


Allah sangat suka kepada hambaNya yang banyak mengerjakan ibadat sunat, sunah Rasulullah seperti mengerjakan qiamullail (berjaga malam menunaikan sembahyang sunat hajat, tahajud, tasbih, taubat dan witir), memperbanyakkan doa, berzikir, bertahmid, bertakdis dan bertakbir.


Pada bulan ini dibuka seluas-luasnya pintu kebajikan kepada hamba yang melakukan ibadah infaq (bersedekah) dan tolong-menolong.


Umat Islam digalakkan berpuasa sunat dan beribadat pada malam hari dan mereka ini Allah menjanjikan akan mendapat kelebihan di sisi-Nya.


Mereka juga sangat dituntut memperbanyakkan ibadat pada malam dan siang 27 Rejab.


Istimewanya 27 Rejab ialah hari peristiwa Israk Mikraj kepada Rasulullah S.A.W. Pada malam itu, baginda diangkat ke siddaratul muntaha (langit ketujuh) bertemu secara langsung dengan Allah.


Dengan izin Allah, baginda melihat keadaan syurga dan neraka dan bagaimana umatnya serta umat yang terdahulu menerima ganjaran kebajikan dan pembalasan dosa yang mereka lakukan di dunia.


Ketika bertemu Allah, Rasulullah S.A.W. juga diperintah mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam yan mulanya diwajibkan sebanyak 50 waktu.

Inilah keriangan yang paling tinggi daripada Allah kepada Rasulullah dan umatnya hingga ke hari kiamat.


Berpuasa sunat pada bulan Rejab banyak kelebihannya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W., bermaksud: “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan 1000 kemuliaan pada hari kiamat.”


Sabdanya lagi: “Bulan Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.”


Disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W., kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikraj (27 Rejab), Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.


Malam awal Rejab mustajab dengan doanya (disebutkan dalam kitab Raudhah Imam Nawawi). Sahabat Rasulullah berkata, “Allah telah memilih kelebihan di atas sesuatu yang dijadikan-Nya. Allah memilih binaan yang paling baik binaannya iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.


Allah memilih kemuliaan di antara bulan iaitu bulan Ramadhan. Allah memilih di antara hari yang terbaik dari segala hari iaitu hari Arafah di mana umat Islam berkumpul di padang Arafah untuk mengerjakan haji.


Allah memilih Nabi Muhammad S.A.W., penghulu segala nabi. Allah memilih malaikat Jibrail, penghulu segala malaikat. Pertolongan yang besar adalah syafaat Rasulullah S.A.W. kepada umatnya. Hamba terbaik ialah yang bangun di tengah malam beribadat dengan penuh khusyuk, memohon keampunan dan menyucikan dosanya.


Bulan ini juga sebagai latihan jasmani dan rohani umat Islam sebelum menempuh Ramadhan yang bakal mendatang. Ibadat sunat yang dilakukan sepanjang bulan ini juga gunanya untuk menampung ibadat fardu yang tidak sempurna yang kita buat sehari-hari itu.


Amalan pada Rejab memang banyak ganjarannya. Berpuasa dan bacalah tasbih ‘Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, tiada Tuhan melainkan Allah, kekal Tuhan kita dan binasa tiap-tiap sesuatu sebanyak 10 kali setiap hari.


Sembahyang sunat mengiringi dan sesudah sembahyang fardu. Sembahyang sunat Israk, Dhuha dan Tasbih. Berdoa memohon keampunan dan taubat, minta diterima amalan ibadat, minta selamat dunia akhirat, minta dilepaskan dari azab-Nya di akhirat, minta dimasukkan ke syurga dan minta dicurahkan rahmat.


Perbanyakkan bersedekah dan berzikir Lailahaillah, Allahuakbar 100 kali selepas sembahyang subuh dan asar.


Bertasbih Subhana robbial’ala (Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi) 100 kali.


Subhanallahi wabihamdih, subhanallahi azim (Maha Suci Allah dan Dengan Segala Pujian-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung) sebanyak 100 kali.



p/s: Petikan ini ku ambil dari keratan akhbar tahun dulu2..(lupa plk tarikhnya).. :D
Sama-samalah kita kumpul amal ibadat di bulan yang mulia ini.. (Pesanan buat diriku juga)..

No comments:

Post a Comment

Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM