Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

02 June 2011

Welcome to UMT!!!

Welcome to UMT!!!!!

Kepada semua pelajar yang telah mendaftar semalam bagi Program Diploma Sesi 2011/2012 dan kini bergelar

MAHASISWA/MAHASISWI
di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

TAHNIAH BUAT SEMUA!!!

Teringat zaman dulu2..1st time masuk UMT..seronoknya smpai sehari sblm daftar smpai x tdo..coz xsabar nk gi register kan..so, mcmn budak2 skrg nie rasa, mcm tu jgk la aku rasa dulu..cuma register yg nie x ramai sgt..coz bdk2 daftar utk program diploma..kat UMT nie ada 1 je program diploma yg ditawarkan iaitu Diploma Perikanan..

Jom, nak cerita serba sedikit ttg Diploma Perikanan nie (but i'm not ex-student Diploma in Fishery)..


Untuk makluman semua pembaca, Diploma Perikanan merupakan program yg berada bawah Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur di Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM)..

Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur merupakan salah satu jabatan di bawah naungan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan. Jabatan ini mula beroperasi pada sesi akademik November 2002/2003. Kewujudan jabatan ini mempunyai matlamat memberikan latihan akademik dan profesional dalam dua aspek major; iaitu Sains Perikanan dan Akuakultur. Dalam aspek sains perikanan tumpuan diberikan kepada ekologi akuatik, biologi vertebrat dan vertebrat akuatik, botani akuatik, dinamik populasi ikan, ekofisiologi organisma akuatik, mikrobiologi, pencemaran akuatik, perikanan rekreasi, biostatistik, kaedah instrumentasi akuatik, teknik eksploitasi sumber akuatik, teknologi pasca panen perikanan, undang-undang dan polisi perikanan, ekonomi perikanan, ekonomi perikanan, pengurusan perkapalan dan ilmu perkapalan dan pelayaran. Dalam aspek akuakultur pula tumpuan diberikan kepada kajian genetic dan pembiakbakaan, pengurusan kualiti air untuk akuakultur, rekabentuk dan sistem akuakultur, kultur makanan hidup, teknik penghasilan benih, teknologi makanan dan pemakanan ikan, kesihatan organisma akuatik, bioteknologi akuakultur, ekonomi akuakultur dan iktiofisiologi.

Fungsi

  • Mengeluarkan tenaga manusia yang cekap, berpengetahuan dan dinamik dalam bidang sains perikanan dan akuakultur, di samping menghasilkan insan yang syumul dan berketrampilan.

Program yang ditawarkan

  1. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

  2. Sarjana Muda Agroteknologi (Akuakultur)

  3. Diploma Perikanan


Diploma Perikanan

Program ini menawarkan kursus separa profesional dalam bidang teknikal sains perikanan dan penangkapan ikan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Perikanan meliputi kesemua aspek yang berkaitan dengan industri ikan, termasuk bidang-bidang seperti oseanografi, pencemaran air, teknologi menangkap ikan, teknik-teknik menangkap ikan, pelayaran, perkapalan, pemeliharaan, pembaik-biak ikan, pemakanan ikan dan penyakit ikan. Memandangkan ikan merupakan satu alternatif kepada sumber bekalan protein negara selain daging, maka wajarlah pengajian terhadap sektor ini didalami supaya dapat memenuhi hasrat ini di samping memperbaiki taraf hidup nelayan. Pemegang diploma program ini dapat bekerja di sektor awam dan swasta yang berkaitan dan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.


Syarat Kemasukan

Peringkat Diploma

1. Diploma perikanan

i) Syarat Am

a. Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk:

  • Bahasa Melayu dan
  • Matematik

b. Lulus dalam Bahasa Inggeris

ii) Syarat Khas Program

a. Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Sains
  • Sains Tambahan

b. Mendapat kepujian dalam mana-mana dua mata pelajaran yang lain.

(Keutamaan diberi kepada pemohon yang memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Biologi)
ATAU
Memiliki kelayakan yang setaraf


Sumber: http://www.umt.edu.my/v8/jab_sains_perikanan_akuakultur.php#6


Pesanan buat semua pelajar: Do Your BEST at UNIVERSITY..

No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM