Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

01 January 2013

Asma Ul Husna 1: Allah

...Ahlan Wasahlan 2013...

Permulaan tahun 2013 ini saya nak kongsikan bersama-sama pengunjung blog mengenai Zikir Asma Ul Husna...sama-sama kita kumpul pahala di awal tahun ini..dan semoga memberi manfaat buat kita semua...Insya-Allah...


:: ASMA UL HUSNA 1 ::


ALLAH

(TIDAK ADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH)


1) Mulakan dengan Bismillah

Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah, hendaklah seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma ul Husna yang pertama iaitu Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Ini diikuti dengan bacaan selawat seperti berikut:

"Allah Yang Maha Agung berselawat ke atas Muhammad SAW. dan melindungi keluarganya di dunia dan di akhirat."

Setelah menyebut mana-mana Asma ul Husna, bacalah selawat ke atas Nabi sekali lagi dan selawat seharusnya dibaca sekurang-kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca Asma ul Husna

Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila kita terlupa untuk berselawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah yang terbaik ini.


2) Doa dimakbulkan

Baca Ya Allah 5000 kali 
setiap malam dengan penuh khusyuk.

Insya-Allah apa sahaja yang diinginkan atau dipinta akan dimakbulkan.


3) Menyembuhkan penyakit

Bagi orang yang sakit dan tidak merasa ada kesembuhan,
Baca Ya Allah 1100 kali
di antara waktu Asar dan Maghrib.

Selepas membacanya, pesakit perlu baca surah Al-Fatihah dan menghembus ke dalam air dan minum.
Insya-Allah dia akan merasa lega.


4) Menghilangkan rasa ragu-ragu

Baca Ya Allah 1000 kali 
sehari setiap hari.

Insya-Allah segala keraguan yang ada di hatinya seperti tentang iman akan hilang.


5) Mendapat maruah yang baik

Baca Ya Allah 66 kali 
selepas tiap-tiap sembahyang fardu selama 66 hari

Insya-Allah orang itu akan dihormati dan disukai orang.


6) Bertambah keimanan

Jika baca Ya Allah Ya Hayyu 1000 kali
setiap hari,

Insya-Allah iman dan keyakinannya terhadap Allah S.W.T. akan sentiasa bertambah.


7) Melawan kejahatan

Baca Ya Allah Ya Hayyu 100 kali
setiap Jumaat sebelum sembahyang Jumaat,

Insya-Allah akan menjadikan kehidupan seseorang itu mudah dan apa-apa yang dipinta akan diselesaikan oleh Allah S.W.T.


8) Menjauhi kesulitan

Baca Ya Allah 200 kali
selepas Jumaat,

Insya-Allah urusan dipermudahkan.


9) Beroleh keselamatan

Baca Ya Allah beberapa kali 
sehari,

Insya-Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan.



MAKLUMAN...ringkasan mengenai Asma ul Husna ini diambil dan bersumberkan:
[Sumber: Hassan Mia, Buku Zikir Asma Ul Husna - 99 Nama Allah]


Bicara IMG: 
semoga diriku semakin dekat dengan-Mu dan sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan...
sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri yang khilaf ini...


1 comment:

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM