Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 August 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia...AL-FATIHAH

Ustaz Asri bin Ibrahim...

PETALING JAYA: Jenazah arwah Ustaz Asri sedang dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Tinggal kenangan...Asri (dua dari kiri, bawah)

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.


Sumber : http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/13/mstar_hiburan/20090813112919&sec=mstar_hiburan


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri..Semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh..amin..

12 August 2009

Kisah Pendayung Sampan...

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
"Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" tanya Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya." jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." kata Professor itu lagi,
"Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan..Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...


FIKIR-FIKIRKANLAH...

07 August 2009

Kem Gerak Minda Matematik...

Lama dah xpost apa2 kat sini..mcm sunyi plk..sbnrnya byk info + cerita yg aku nak kongsi dgn kwn2 sepanjang 1 minggu aku xmasuk sini.. tp oleh krn sibuk sikit dgn tugasan di kampus..so, aku kena cari masa yg betul2 free..alhamdulillah..hari ni aku nak cerita skt psl kem yg aku hadiri baru2 ni..Kem Gerak Minda Matematik 2009..kem ni disertai oleh pelajar2 tingkatan 4 Sek Men Keb Tengku Mahmud (SMKTM)..bermula 2 - 4 Ogos lepas..yg jadi fasilitator dlm kem ni adalah student2 master (matematik) , UMT (termasuklah aku)..program ni dibuat di Kem Seri Keluang, Bukit Keluang, Besut..Objektif program ni adlh untuk menarik minat pelajar2 SMKTM spy minat dgn subjek add maths n juga menerapkan penghayatan matematik dlm kehidupan seharian..
Aku sampai kat kem tu around kul 11,45 pagi..coz acara perasmian tu kul 12.00 tghri..so, sempat la kami rehat dulu..Kem ini dirasmikan oleh Tuan Mohamad Yusof bin Tuan Sulaiman (Pengetua SMKTM)..


Perasmian Kem Gerak Minda Matematik 2009...

Slps tu smua pelajar dibahagikan mengikut kumpulan yg mana setiap kump ada 2 atau seorg fasilitator yg handle..Time tu, nama aku diumumkan bg kump gamma..bersama Salleh..dlm kump aku ada 5 org lelaki n 15 perempuan..


Kumpulan gamma...

Sepanjang 3 hari kat sana, byk aktiviti yg kami lakukan bersama2 pelajar SMKTM..menjawab past years questions..Selain tu, ada jgk ceramah berkaitan matematik yg disampaikan oleh pensyarah matematik UMT, Dr Sabri bin Ahmad..aku n kwn2 pun dgr jgk ceramah tu (teringat plk time nak spm dulu)..


Pelajar2 SMKTM khusyuk mendengar taklimat drpd Dr Sabri bin Ahmad...

Aktiviti dalam kumpulan...

Persiapan untuk persembahan malam penutup...

Senaman pagi...

Pelajar2 khusyuk mendengar ceramah drpd Dr Sabri bin Ahmad...

Selamat jalan semua..Jumpa lg..

Bukit Keluang, Besut...

Kami bertolak balik dr kem pukul 5 ptg..lps tu singgah la skjp kat rumah kwn..dekat2 situ je..Around pukul 6 ptg, kami bertolak balik ke trg..Tp, on de way balik, salah sebuah drpd kereta kami rosak (kereta kenari hitam)..so, terpaksalah tunggu mekanik dtg..Check punya check..akhirnya kereta tu terpaksa ditinggalkan coz xleh bergerak..dgr cerita dr kwn (yg tunggu kereta tu, salleh; asrul n khairul) time belt rosak..lewat jgk la mereka smua balik..Tp alhamdulillah smua balik dlm keadaan selamat..

Kereta yg digunakan untuk ke Kem Gerak Minda...

Salah sebuah kereta kami rosak...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM