Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 June 2009

Pendaftaran pelajar ijazah lanjutan UMT...

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan izinnya aku berjaya menjejakkan kaki ke UMT sbg pelajar pasca siswazah..Gembiranya aku time register semalam, hanya tuhan yang tahu.Segala penat lelah aku selama 3 tahun in bachelor of financial mathematics berbaloi akhirnya.

Time ni baru ada masa nak post cerita2 menarik ttg pendaftaran semalam.Rehat2 la kjp sementara nak sambung buat research.Nak kongsi dgn kwn2 smua betapa bestnya sambung belajar n nak cerita skt pasal event smlm...


Tepat jam 8.30pg aku dah sampai di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah..(biasa la kalau dah semangat nak sambung belajar)..hehehe..Nasib baik x ramai student yg nak register time nie.Sebelum aku daftar di kaunter 1, smua student diwajibkan membuat ujian pemeriksaan H1N1.Mmg la mereka patut buat (sbg langkah persediaan).Slps tu, aku tunggu la giliran dari satu kaunter ke satu kaunter.Nak kata x penat, tipu la..Mmg la byk kerusi, blh duduk mana2 je..Tp bila masuk je kul 9 lebih, ramai nye..x kira muda, tua..smua berlumba2 nak further study.ada yg ambil master, ada juga PhD..Tp kebanyakannya student yg berasal dr trg..biasa la dekat dgn rumah (mcm aku la..5 minit je dah sampai kampus)..hehehe..Masa daftar tu, aku ada terima sijil (rupa dia mcm sijil) sempena register postgraduate nie..(Mmg comel la..nak kena buat frame nie..)

Lepas je register, ingatkan nak balik..tp aku baru teringat yg ada taklimat berkenaan pengajian ijazah lanjutan oleh dekan GS..(kena dgr nie..penting2..sambil tu nak kenal la dgn dekan GS).Slps taklimat tu, ada mkn tghari disediakan (bestnye..istimewa jgk jd student master nie). Kemudian aku gi solat..Then kul 2.30 smbngan taklimat berkenaan library & keselamatan..Banyak jgk 'keistimewaan' student master n PhD dpt (mmg betul la org ckp, bila kita study tahap master n PhD nie, mmg ada "special" la)...Lebih kurang pukul 4.30ptg selesai smua taklimat..dan terus balik...

Aku nak ucap kpd smua yg bergelar siswazah & mahasiswa/i









*tak sempat nak amik gambar smlm coz bz sgt time register tu...hehehe..

26 June 2009

Keistimewaan dan Kelebihan Akal



Akal mampu menaikkan darjat manusia ke puncak kemuliaan...

KEJADIAN AKAL
Walaupun manusia pada asalnya dijadikan daripada tanah dan kemudiannya dari air mani, Allah melengkapkan kejadian ini dengan akal. Maka manusia menjadi makhluk yang termulia di kalangan sekalian makhluk ciptaan Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Mula-mula sekali makhluk yang dijadikan Allah ialah akal. Allah berfirman kepada akal; 'Menghadaplah kepada-Ku.' Akal pun mengadap. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Membelakangilah.' Akal pun menurut perintah-Nya. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada engkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa (orang yang derhaka)." (Riwayat At-Tabrani dari Abi Umamah).


KESEMPURNAAN AKAL
Dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak ada usaha yang lebih utama oleh seseorang seperti keutamaan akal. Akallah yang membantu memberi petunjuk kepada orang yang memilikinya agar terselamat daripada kehinaan. Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pada diri seseorang sebelum sempurna akalnya." (Riwayat Ibnu Mahbar dari Umar r.a.).

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "...Tidak sempurna akhlak seseorang itu sebelum sempurna akalnya. Setelah sempurna akal dan akhlak barulah sempurna imannya. Barulah manusia itu akan mentaati Allah dan menderhakai iblis." (Riwayat Ibnu Mahbar dari Amar bin Syu'aib).


FUNGSI AKAL
Memandu tindak-tanduk manusia kerana akal termulia daripada pancaindera lain.
Akal menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menimbang sama ada melakukan perkara yang baik dan mendapat pahala atau melakukan yang jahat sehingga membinasakan diri atau orang lain lantas mendapat dosa.
Menyempurnakan peribadi manusia kerana akal itu sendiri bersifat sempurna.
Mengelakkan ajakan kepada kejahatan oleh akal yang lemah.


AKIBAT MENGABAIKAN AKAL
Sebaliknya, jika akal tidak digunakan untuk tujuan mendapatkan iman, membina agama dan membentuk akhlak mulia, maka dibimbangi manusia akan tergolong ke dalam golongan yang diibaratkan lebih hina daripada haiwan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan diisikan di dalam Neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf:179)

Orang yang beriman dan beramal soleh itu menjadikan akal untuk merenung ayat-ayat Allah seterusnya dijadikannya pengajaran dan panduan dalam kehidupan. Di dalam ayat lain, Allah berfirman lagi, mengecualikan mereka yang beriman dan beramal soleh tidak akan jatuh taraf mereka menjadi hina:

"Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Tetapi kemudiannya Kami kembalikan mereka ke taraf yang serendah-rendahnya. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Bagi mereka pahala yang tidak putus-putus." (Surah At-Tin: 4-6)


10 BAHAGIAN AKAL
Dari A'isyah r.anha bahawa dia berkata, " Akal itu ada 10 bahagian. Lima bahagian nampak secara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (batiniah).

5 yang nampak adalah:
1. Diam.
2. Sabar.
3. Tawadhu' (merendah diri).
4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar.
5. Berbuat amal kebaikan.

5 yang tidak nampak adalah:
1. Berfikir.
2. Memberikan contoh / pengajaran.
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar.
4. Takut kepada Allah S.W.T.
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya.


Sumber Siti Nor Bahyah Mahmood & Jaafar Salleh. 2005. Panduan mencerdaskan minda. Telaga Biru Sdn. Bhd.

24 June 2009

Rejab






REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

1)Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.

2)Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

3)Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal.

4)Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.

5)Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya.

6)Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya.

7)Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.

8)Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

9)Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

10)Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.






Sumber http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/bulan_islam.asp

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM