Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 April 2011

Teruskan Menjejak Cita-Cita..

Assalamualaikum buat smua pengunjung..terima kasih sudi ronda2 blog nie..hehehe..post kali nie simple je..but penuh makna..ehem2..

sempena hari nie..blh katakan sejarah la jgk..coz hari nie student2 + ex-studentku di UMT akan start final exam..dah yg penting AGM Persatuan yg aku cintai..

ok la..post kali dedicate especially student2 yg akan menghadapi FINAL EXAM..

.....::::: GOOD LUCK :::::.....
.....::::: DO YOUR BEST IN YOUR FINAL EXAM :::::.....



so, jgn tension2 sgt..INGAT PESANAN NIE..

1) Jangan lupa MOHON RESTU dari IBU & BAPA serta BERDOA kepada-Nya..

2) Jangan cepat BERPUTUS ASA w/pun di saat akhir..YAKINLAH PADA DIRI SENDIRI..


Jom layan lagu nie.. (hayati setiap lirik yg disampaikan.. ^_^)





Bicara Hatiku: semoga AGM esok berjalan dgn lancar dan dipermudahkan-Nya..Amin..

09 April 2011

Nasyid Indie 2 - Nasyeed Semesta...

Bila dah siap, tak semestinya semua settle...
Bila dah hantar, tak semestinya semua betul...

Mcm tu perasaan aku mggu lps..sejak hantar 2nd draft nie..tapi bagiku 1st draft la..hehehe..Tipu la kalau siapa kata dia yakin 100% apa yg dia buat (means sesuatu kajian) tu semua betul..sama juga mcm aku..w/pun dah hantar draft, tapi aku rasa mcm ada silap..mcm kena tambah tolak darab bahagi..smua la..apa2 pun aku sedia terima kritikan dan komen drpd 2 org expert..tak sampai seminggu co-supervisor ku dah siap komen..wahhhh..express betul co-supervisor aku nie..tq so much..rasa x percaya dpt tgk draft yg penuh dgn pen merah..(pen merah tu bukan sbb ada tanda pangkah..tapi komen) ^_^ so, lps nie xblh nak main2..w/pun dah siap, kena edit blk apa yg sepatutnya kena edit..and the important for this year is ------> VIVA..

Ok la..berbalik cerita psl post kali nie..sblm nie dah byk cerita ttg album Nasyeed Semesta..rasanya 3 kali kot..akhirnya....dapat jgk...yehhhhhhhhhh...Alhamdulillah..selamat sampai..dgn bungkusan yg cukup kemas drpd Che An (coz beli dgn salah seorg penyanyi dlm album Nasyeed Semesta tu..) Terima kasih byk2 + Thank you so much + Syukran.. ^_^


Syok plk dgr lagu dalam album Nasyeed Semesta..lepas habis dgr lagu dlm album nie..dgr cd 1 lagi plk..coz dalam bln nie je, 2 cd dah beli..1) Berjalan Tanpa Henti by Devotees.. 2) Nasyeed Semesta..semua lagu dlm 2 album tu BEST!!!! (mmg minat sgt2 nasyid..so, sokonglah NASYID..hehehe..) ^_^


Nak share kat semua ttg album Nasyeed Semesta nie..(promote sikit..hehehe..)
Dalam album Nasyeed Semesta, ada 12 lagu semuanya..antara yg paling BEST..


1) Pesona Fana
by Univoice

2) Ratu Hatiku
by ReadOne

3) Curang
by Feelhoney

4) Baru Kenal Cinta
by Fine

5) Bahtera Persahabatan
by Che An

6) Hijrah
by Bytiey

7) Cerita Cinta
by Elhamz

8) Isteri Buatku
by Rahmat

9) Sahabat Dengarkan
by Hilwan

10) Di Pangkuan Cinta-Mu
by Rxeme

11) Serang Balas
by R-If

12) Pengabdi Cinta-Mu
by Zulhilmi feat Halim


sebenarnya xde pun yang mana paling BEST..
coz...
SEMUA BEST!!!!!!!

kpd yg belum beli lagi..jgn lupa beli yer..x payah la nak download2 dr kwn2..kalau nak puas hati, beli yg ORIGINAL.. ^_^

Semoga industri NASYID terus SUCCESS!!!

Ucapan:

Buat artis nasyid (album Nasyeed Semesta): semoga semua terus success.. ^_^

Bicara Hatiku: menanti komen drpd supervisor pulak..harap2 x byk komen la..

05 April 2011

Hebatnya SOLAT di AWAL Waktu...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Dari: USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL


Sumber: http://www.facebook.com/login/setashome.php?ref=genlogin#!/notes/khai-ana/hebatnya-solat-di-awal-waktu/10150210100987754


To Khai Ana: syukran byk2 coz beri izin copy artikel yg begitu MENARIK buat semua..

Bicara Hatiku: semoga kita semua dpt mendirikan SOLAT pada AWAL waktu..


**lewat post kali nie..coz ada lipan besar masuk rumah..so, kelam kabut jadinya..Ya Allah..Kau masih panjangkan umurku dan ibuku..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM