Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 June 2009

Keistimewaan dan Kelebihan Akal



Akal mampu menaikkan darjat manusia ke puncak kemuliaan...

KEJADIAN AKAL
Walaupun manusia pada asalnya dijadikan daripada tanah dan kemudiannya dari air mani, Allah melengkapkan kejadian ini dengan akal. Maka manusia menjadi makhluk yang termulia di kalangan sekalian makhluk ciptaan Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Mula-mula sekali makhluk yang dijadikan Allah ialah akal. Allah berfirman kepada akal; 'Menghadaplah kepada-Ku.' Akal pun mengadap. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Membelakangilah.' Akal pun menurut perintah-Nya. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada engkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa (orang yang derhaka)." (Riwayat At-Tabrani dari Abi Umamah).


KESEMPURNAAN AKAL
Dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak ada usaha yang lebih utama oleh seseorang seperti keutamaan akal. Akallah yang membantu memberi petunjuk kepada orang yang memilikinya agar terselamat daripada kehinaan. Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pada diri seseorang sebelum sempurna akalnya." (Riwayat Ibnu Mahbar dari Umar r.a.).

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "...Tidak sempurna akhlak seseorang itu sebelum sempurna akalnya. Setelah sempurna akal dan akhlak barulah sempurna imannya. Barulah manusia itu akan mentaati Allah dan menderhakai iblis." (Riwayat Ibnu Mahbar dari Amar bin Syu'aib).


FUNGSI AKAL
Memandu tindak-tanduk manusia kerana akal termulia daripada pancaindera lain.
Akal menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menimbang sama ada melakukan perkara yang baik dan mendapat pahala atau melakukan yang jahat sehingga membinasakan diri atau orang lain lantas mendapat dosa.
Menyempurnakan peribadi manusia kerana akal itu sendiri bersifat sempurna.
Mengelakkan ajakan kepada kejahatan oleh akal yang lemah.


AKIBAT MENGABAIKAN AKAL
Sebaliknya, jika akal tidak digunakan untuk tujuan mendapatkan iman, membina agama dan membentuk akhlak mulia, maka dibimbangi manusia akan tergolong ke dalam golongan yang diibaratkan lebih hina daripada haiwan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan diisikan di dalam Neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf:179)

Orang yang beriman dan beramal soleh itu menjadikan akal untuk merenung ayat-ayat Allah seterusnya dijadikannya pengajaran dan panduan dalam kehidupan. Di dalam ayat lain, Allah berfirman lagi, mengecualikan mereka yang beriman dan beramal soleh tidak akan jatuh taraf mereka menjadi hina:

"Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Tetapi kemudiannya Kami kembalikan mereka ke taraf yang serendah-rendahnya. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Bagi mereka pahala yang tidak putus-putus." (Surah At-Tin: 4-6)


10 BAHAGIAN AKAL
Dari A'isyah r.anha bahawa dia berkata, " Akal itu ada 10 bahagian. Lima bahagian nampak secara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (batiniah).

5 yang nampak adalah:
1. Diam.
2. Sabar.
3. Tawadhu' (merendah diri).
4. Mengingatkan untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar.
5. Berbuat amal kebaikan.

5 yang tidak nampak adalah:
1. Berfikir.
2. Memberikan contoh / pengajaran.
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar.
4. Takut kepada Allah S.W.T.
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya.


Sumber Siti Nor Bahyah Mahmood & Jaafar Salleh. 2005. Panduan mencerdaskan minda. Telaga Biru Sdn. Bhd.

1 comment:

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM