Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 December 2010

TV Alhijrah...

Assalamualaikum..dah seminggu rupanye aku bercuti..tp rasa mcm semalam je baru smpai kat shah alam nie..(blh mintak extend cuti lagi tak?hehehe..Jgn marah my SV..)

Ok la..berbalik pd post kali nie..ttg TV Alhijrah..sbnrnya x tahu sangat..coz aku perasan siaran nie ada time duk kat rumah kakakku..tgk TV Alhijrah nie mcm best plk..tp mmg best pun..byk pengisian yg baru..dan berunsur islamik..i like it.. :D

baru skjp td aku search kat en google nie..ttg TV Alhijrah..Jom kita tgk serba sedikit ttg TV Alhijrah..Selamat membaca.. ^_^



Sumber dari website TV Alhijrah:
(http://www.tvalhijrah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=195)


Latar Belakang TV Alhijrah


TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.


Tujuan Penubuhan TV Alhijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Kesan Penubuhan TV Alhijrah
  • TV Alhijrah mampu memainkan peranan ke arah perpaduan masyarakat di negara ini selari dengan kehendak Islam yang menganjurkan perpaduan sejagat. Kesemua bangsa tanpa mengira amalan kebudayaan, fahaman politik dan agama dikehendaki hidup saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
  • TV Alhijrah menyediakan masa yang cukup untuk penonton memilih program berunsurkan agama serta memberi slot waktu perdana untuk kandungan Islam.
  • Penubuhan TV Alhijrah adalah antara cara yang berkesan untuk memberi penjelasan yang berterusan dan berpanjangan mengenai Islam yang syumul yang diperkenalkan di negara ini.
  • TV Alhijrah memberikan pilihan terbaik kepada masyarakat Islam untuk menambah maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan Islam dan pengetahuan am.
  • TV Alhijrah menjadi sebuah institusi pendidikan Islam tidak formal yang akan membentuk keperibadian mulia umat Islam dengan penyediaan program-programnya yang menarik, berkualiti dan bermoral.
  • TV Alhijrah akan menjadi pemangkin ajaran Islam yang benar. Pelaksanaan ajaran Islam yang tidak betul adalah berpunca dari pengambilan maklumat dari sumber yang salah. Dengan itu masyarakat Islam hendaklah didedahkan seluas mungkin ajaran Islam sepertimana yang dianjurkan Rasulullah SAW.


Sumber dari wesite Alhijrah:
(http://www.tvalhijrah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=168:tv-alhijrah-bersiaran-dengan-jayanya&catid=49&Itemid=356)


TV Alhijrah Bersiaran Dengan Jayanya

PENONTON DISARAN MENETAPKAN FREKUENSI SIARAN TV ALHIJRAH UNTUK MENIKMATI PENGALAMAN BARU DALAM DUNIA PENYIARAN

TV Alhijrah menemui penonton buat julung kalinya di kaca televisyen mulai hari ini melalui siaran ujian. TV Alhijrah telah berjaya dipancarkan menerusi lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) hadir di konti Pusat Penyiaran TV Alhijrah untuk melancarkan siaran ujian hari pertama TV Alhijrah sebagai sebuah TV siaran percuma terbaru negara ini.

Untuk menikmati rancangan menarik yang disusun oleh TV Alhijrah, penonton hanya perlu menekan alat kawalan jauh set televisyen bagi mendapat siaran seperti berikut;



Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.

Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau “the making of” program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.

TV Alhijrah turut mengetengahkan terbitan secara penuh di dalam siaran percubaan ini. Rancangan Kapsul Khas “Laporan Haji” merupakan siaran pertama di Malaysia yang membawa laporan dari Tanah Suci di dalam rangkuman khas setiap hari. Siaran ini menyediakan liputan mengenai ibadah Haji musim ini yang meliputi berita terkini jemaah Haji Malaysia, jadual penerbangan perkembangan semasa sempena musim haji Kapsul Khas “Laporan Haji” turut menjadi pemangkin kepada program pertama yang seumpamanya di Malaysia yang membawa lintas lansung dari Makkah. Siaran lintas lansung ini akan member peluang kepada jemaah haji Malaysia untuk menyampaikan ucapan kepada keluarga di tanahair selain turut membantu penonton dalam usaha memahami konsep dan makna perkataan Haji itu sendiri.

Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai ini terletak pada pilihan topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.

TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif.


Antara rancangan-rancangan yg ada dlm TV Alhijrah:















Miss Intan: x sabar nak tgk siaran Al Hijrah kat Trg..Semoga kami selamat dlm perjalanan pagi esok..Amin.. ^_^

No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM