Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 July 2011

Tahniah Imam Muda Hassan...

Jumaat lepas berlangsungnya Imam Muda (IM) Musim 2 (Episod Akhir)..Tapi tak dapat nak tengok sbb siaran tu live @ astro OASIS..

ucapan:

TAHNIAH KEPADA IMAM MUDA HASSAN..
SEMOGA BELIAU MENJADI ROLE MODEL KEPADA
GENERASI MUDA MASA KINI..
INSYA-ALLAH..

nak tgk IM..tp tau kat mana..cari punya cari..akhirnya tgk Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim 2) di FB...Beliau telah mengambil alih FB..so, FB yg original beliau adalah:


Jom sama-sama "LIKE" page Imam Muda Hassan...


Kepada yang tak dapat nak tengok IM Jumaat lepas (termasuklah saya)..jom kita tengok..
























Tidak dilupakan juga ucapan

TAHNIAH KEPADA IMAM MUDA NAZARUL...


Hassan juara Imam Muda musim kedua


KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi.


Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.


Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.


Mohd Hassan ketika berucap mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu dan arwah ayahnya.


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas program Imam Muda,” katanya.


Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU.



Sumber: Berita Harian online - 2/7/2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HassanjuaraImamMudamusimkedua/Article


No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM