Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

06 May 2012

Tak Sampai 1 Minit Pun...

Tak sampai 1 minit pun...
(Itulah perkataan yang membuatkanku sentiasa ingat selepas menunaikan solat...)

Ayat tu aku dengar dalam radio SuriaFM hari Jumaat lepas...Memang betul apa yang Ustaz tu cakapkan (tak ingat pulak nama ustaz)...Tapi kerana ayat itu, benar-benar membuatkanku tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan tikar sejadah selepas solat...Tak kiralah walau ada benda/ kerja penting yang perlu ku siapkan, akan ku amalkannya...Alhamdulillah...sehingga hari ini dapat ku amalkan...

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah dalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 
[29:45]

Lupa pulak nak beritahu apa sebenarnya yang Tak sampai 1 minit pun...Nak ringkaskan apa yang dimaksudkan Ustaz...Yang sebenarnya Ustaz tu ada mengingatkan kita semua tentang doa pendinding...Jangan salah sangka pulak...nie bukannya tangkal...Tapi suatu doa yang kita mohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada buatan orang yang menjadi pendinding kepada kita...Ada 3 surah yang boleh kita amalkan selepas solat...

Surah 1: Surah Al-Ikhlas


Surah 2: Surah Al-Falaq


Surah 3: Surah An-Nas



Rajin-rajinlah kita tambah 1 lagi bacaan iaitu dengan mengamalkan Ayat Kursi...
Cuba anda semua praktikkan....Memang tak sampai 1 minit kan? ^_^


Jadi, kenapa kita selalu tergesa-gesa selepas solat dan terus doa? Apa kata sama-sama kita amalkan 3 surah tersebut...Moga kita semua diberi keselamatan daripada segala bencana manusia dan diberi ketenangan oleh-Nya....Amin...


Bicara Hatiku:
Sama-sama mengingatkan diri sendiri agar tidak lupa kepada-Nya ketika senang dan bukan hanya mencari-Nya ketika susah...

No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM