Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

08 December 2009

Kawan, Usah Rosakkan Persahabatan Kita...

Assalamualaikum..Lama dah x post kat sini..Sibuk skt dgn tesis yg perlu aku buat..So, kena pentingkan sesuatu yg penting..Alhamdulillah..aku diberi kesempatan untuk post sesuatu yg dpt dikongsi bersama2 dgn pengunjung blog..Ni artikel yg aku petik dr Majalah Dara.com edisi 90-Disember 2009..


"Kawan, Usah Rosakkan Persahabatan Kita..."

Dalam menjalinkan hubungan persahabatan memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang yang menyatakan rasa tidak puas hati. Namun kita harus sedar, sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tip di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga persahabatan agar terus berkekalan sehingga ke akhir hayat...


Jangan Lempar Penghinaan

Jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dalam bentuk apapun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial dan sebagainya. Elakkan berbuat demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.


Jangan Menyampuk Apabila Bercakap

Sungguh tidak sopan apabila kita sedang bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbualan dengan cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.


Jangan Campur Urusan Peribadi

Jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampur urusan peribadi sahabat yang tak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kadang tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalh cakap ia boleh menimbulkan kemarahan sahabat.


Jangan Rosakkan Kebahagiaannya

Apabila sahabat kita sedang bersuka ria, bergembira dan berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang boleh merosakkan kebahagiaannya itu. Sebagai contoh, ada seseorang yang berasa gembira dan teruja kerana menerima hadiah dari luar negara, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan tempatan dan mungkin ada dijual di pasar raya. Maka kita tidak perlulah menyampaikan perkara tersebut kepadanya. Biarlah dia gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.


Jangan Buat Perbandingan

Jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.


Jangan Ungkit Kisah Lalu

Ingatlah bahawa setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah cuba untuk mengungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkar kekurangan yang dimilikinya.


Jangan Ketawakan Sahabat

Jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan dan sebagainya. Ingatlah ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.


Kawal Kemarahan Dengan Baik

Apabila kamu marah, maka hati-hatilah kerana kemarahan yang tidak terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak akan melukai hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa yang singkat dan pohonlah kemaafan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasa keterlaluan.






No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM