Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 March 2010

Adab Sampaikan Berita Buruk...

Apa sahaja perkhabaran buruk yang keluar daripada mulut si pemberitahu, sudah pasti ia akan membuatkan diri si penerima berasa sedih. Menyampaikan berita buruk kepada seseorang bukannya mudah. Silap cara penyampaian boleh mengguris perasaan mereka yang menerima perkhabaran tersebut.

Bagaimana caranya untuk menyampaikan berita buruk kepada seseorang? Mungkin cara di bawah ini boleh membantu kamu mengatasi rasa gusar ketika berhadapan dengan si penerima berita.

Pilih masa dan tempat yang sesuai di mana kamu bebas daripada sebarang gangguan ketika menyampaikan berita itu.

Mulakan bicara selembut yang mungkin. Walaupun berita yang bakal diberitahu itu agak serius, namun nada lembut kamu boleh menenangkan keadaan. Sebagai contoh, "Saya minta maaf kerana perlu memberitahu kamu bahawa..."

Minta maaf kepada si penerima berita kerana kamu yang perlu menyampaikan perkhabaran buruk tersebut. Ingatlah bahawa bukan kamu yang menyebabkan si penerima bersedih tetapi berita yang bakal disampaikan itulah puncanya.

Jika berita tersebut boleh membuatkan si penerima terkejut, kamu perlu bersedia dengan reaksi emosional mereka. Jika kamu rasa dia perlu melepaskan perasaan seperti menangis, biarkan sahaja. Setelah reda tangisan mereka, barulah sambung semula apa yang kamu ingin katakan.

Jika tragedi berlaku kepada orang yang kamu kenal, seeloknya beritahu perkhabaran tersebut seawal mungkin.

Jika kamu tidak mengenalinya dan sukar untuk menyampaikannya, sebaiknya carilah seseorang yang boleh menggantikan kamu bagi menyampaikan berita tersebut.

Jika kamu ingin mengucapkan takziah, ucaplah seringkas yang boleh. Contohnya, "Saya bersimpati dengan apa yang kamu hadapi, bersabarlah".

Jangan mengaitkan insiden lain dengan insiden yang sedang berlaku. Ini boleh membuatkan seseorang yang berada dalam situasi tersebut bertambah derita. Jangan menambah kesedihan mereka yang sedia ada!

Jangan masuk campur dalam masalah orang lain. Biarkan dia secara sukarela memberitahu apa yang perlu kamu tahu. Jangan paksa dia untuk memberitahu.

Andai rakan kamu menerima perkhabaran buruk, kamu boleh berkongsi kesedihannya. Juga, kamu boleh memberitahunya bahawa kamu berada di sisinya di kala dia memerlukan kamu.


(Sumber : Majalah Dara.com, Edisi 92, Feb '10)




No comments:

Post a Comment

Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM