Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 March 2010

Hawa...

Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu

Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu

Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan Ad-din Allah..


Hawa...

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu

Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman

maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan

takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..


Hawa...

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,

serta kemampuannya mengoncang iman lelaki

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya

dan yang penting pegangan agamanya..


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya

kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu

apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..


Oleh itu Hawa...

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu

Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu

Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu

Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..


Hawa...

Cintailah Allah di kala susah dan senang

kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..



p/s: Terima kasih kpd sahabatku yg sudi berkongsi renungan nie.. ;-)

No comments:

Post a Comment

Drama Cinta dan Wahyu

Loading...

Drama Warkah Cinta

Loading...

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM