Anda suka lawat blog ini?

Teman Bicara Hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 July 2009

Perkara Yang Patut Diamalkan...

Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih".

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minimum 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, fikiran akan menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati, ia juga dapat menenangkan jiwa. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari. Kemaafan yang dipohon mestilah dengan hati yang ikhlas.

Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, mengutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri dan katakan lah "Aku sebenarnya... (perkara yang elok-elok belaka).

Muhasabah diri. Paling baik dilakukan ialah pada waktu malam sebelum tidur. Senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya Allah bersihkanlah fikiranku, hatiku kerana esok aku ingin menjadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

Berpuasa. Kerana puasa dapat menghindar diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Ingat kematian (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang lain makan.

Jaga makanan. Jangan makan makanan yang tidak halal atau tidak diketahui sumbernya.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pancaindera iaitu mata, telinga, mulut dan sebagainya. Selain itu, jangan mengumpat kerana ia boleh menimbulkan fitnah.


Sumber Majalah Dara.com Edisi 45-Mac 06

No comments:

Post a Comment

HEALTHY R US

HEALTHY R US
Saya suka jenguk blog nie...Jom la jenguk...

SENTIASA UNIK BERSAMA UNIC

SEKALI INTIM TERUS INTEAM